Wednesday 6 June 2018

Confusing ..... ?

Confuse about what?? It's about my future.. Ish, tak tahu lah nak share macam mana. Tapi kalau tak share, tak tahu pendapat orang lain macam mana kan? 

Bismillahirrahmanirrahim... entry ini ditulis pada pukul 3 pagi, malam 17 Ramadhan 1439 (Salam Nuzul Quran). Bukan tak tidur lagi tapi terjaga pukul 1 tadi dan sekarang mengantuk tapi macam tak nak tidur lagi lol. Okay, entry ini ditulis dengan harapan dan doa semoga Bieha dikurniakan rezeki yang melimpah ruah (doa untuk semua juga), dikurniakan rezeki dalam beroleh pekerjaan yang terbaik (juga untuk mereka yang masih belum bekerja), dikurniakan rezeki dapat sambung pengajian dalam kursus profesional (ACCA or MICPA), dikurniakan rezeki dapat berjodoh dengan awak 🙈, dan yang paling penting kita semua dikurniakan rezeki dapat bertemu dengan lailatul qadar pada tahun ini dan dipanjangkan usia yang barokah untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Aamiin~

Dah dapat hint kan sikit? Actually, Bieha masih dalam dilema apa dan di mana yang terbaik untuk Bieha terima tawaran kerja. Lepas habis belajar ni, banyak la juga apply kerja di Johor dan Selangor. Dalam banyak2 tu, yang dipanggil iv.. 3 di Johor dan 1 di Puchong. Antara 4 ni, 1 je yang dapat offer kerja, yang lain tak dapat sebab nak experience in doing full set account. Yang 1 ni, Bieha terpaksa tolak..sebab jauh dengan rumah and susah dapat bilik sewa murah area situ. Kawasan elit, paham2 je lah kann. Then comp yang offer tu, dia offer kerja more to admin task even the position is Admin and Account Assistant. And one more, they said if I accept this offer....in first 3 months or more, Bieha tak boleh berhenti kerja situ and gaji yang ditawarkan bawah 2k. Lepas beberapa bulan, baru dia naikkan gaji tapi dia tak beritahu berapa. Chinese comp kalau naikkan pun berapa la sangat, tambah2 nak duduk area situ. 😥 

The latest, Bieha dapat panggilan dari salah satu anak syarikat terbesar di Malaysia untuk iv under SL1M program di Petaling Jaya. As we know, the allowance is 2k right? U all rasa macam mana? Kalau Bieha terima, Bieha tumpang rumah kakak or abang je di Shah Alam. Pergi balik kerja naik public transport je lah, 1 jam perjalanan lebih kurang. And Bieha dah buat research sikit pasal comp ni from my collegemate yang kerja under this big comp too but in the other subs at KL Sentral. She said, that subs in PJ...tak berapa nak boom sangat lah performance dia. And the allowance of 2k has provision for socso and sports club around RM100. Tak sama dengan SL1M program comp lain takde tolak apa2. 

If Bieha tolak juga offer ni, means that this is second time Bieha lepaskan peluang macam tu je. Tambah2, comp ni la yang Bieha nak masuk sangat2..Bieha apply sendiri taw kat website dia hmm 😩 sebab apa Bieha tolak? Sebab dua2 comp ni kat Keyyelll U all (menyampah nye lah dengan bahasa kau ni Bihah!! HAHAHAH). My family memang berat hati nak lepaskan Bieha kerja kat sana, tambah2 lagi baru nak mula kerja kan? Takde ke yang sudi nak offer kat Johor? Tapi tu lah, betul juga kata my classmate...SL1M prog ni banyak kat KL. Ye, susah nak nampak SL1M prog kat Johor yang offer in accounting field. 

Actually, I have a mission why I want to work in Selangor. The big reason is I want to further study in professional course in part-time mode. If ambik ACCA, sambung kat "UiTM di hatiku" je lah heheh (nampak kan ciri2 pelajar setia tu?😄). If MICPA, maybe Sunway College or any other colleges?hurm. So, if I work in Selangor, I have the chance for this ambition. Weekdays work and weekend attend class at UiTM Shah Alam. 

Okay, pada yang tertanya kenapa Bieha tak kerja yang biasa2 je dulu? Erm,, entahlah...tak tahu nak habaq guane. Tapi Bieha kerja part-time je dengan kakak sekarang ni, tolong2 sikit buat kerja admin and account. Ni kerja sementara je.. sementara cari kerja tetap in accounting yang boleh bagi Bieha more knowledge and experience and explore banyak benda lah heheh.. lagi 1, untuk awal2 ni kalau boleh tak nak kerja dengan family dulu hurm.

Ermm....macam dah cukup panjang nih hahah. dah lah dulu, tak tahu nak share apa lagi kat sini 😅
Psstt,,, start typing this entry on 17 Ramadhan, post this entry is on 21 Ramadhan. 4 hari kau,, aku perap dulu entry nih hahahah. K lah, apa2 hal roger eh? Thanks kepada yang sudi membaca 😄

Monday 1 January 2018

Happy Birthday J....

Kepada awak yang lahir pada 29 Disember 1995, which is birthday awak dah beberapa hari yang lepas..saya nak ucap selamat hari lahir untuk kali yang ketiga hehe. kenapa ketiga? sebab first, saya wish by whatsapp...tepat pukul 12 saya ws awak hahah. saya bagi doa panjang, ucapan selamat, video kucing nyanyi lagu happy birthday and lagu dari kumpulan Aeman. saya pun ada bagi gambar durian kononnya hadiah untuk awak hehe. apa yang saya ws tu semua saya tak tahu la awak baca ke tak, dengar ke tak, tengok ke tak video dengan gambar tu. hope awak buat lah ye,, baca, dengar dan tengok. :D

Second, saya wish through instagram. ni pun saya tak tahu awak tengok ke tak walaupun saya dah jemput awak tengok 3 kali, 2 kali kat ws and sekali DM kat ig. saya pesan awak sebab saya nak awak baca wish saya. saya post gambar kek coklat, pinjam orang punya (macam sedap je kek tu haha). dah DM, awak seen je tak respond apa2, at last saya share je la post saya tu by DM. tu pun saya tak tahu awak baca ke tak. but it's okay....never mind, yang penting saya harap doa saya untuk awak..Allah perkenankan.

And third, saya wish dekat blog ni lah :) tapi saya nak wish pendek je kat sini sebab dekat ws dengan ig dah agak panjang...hehe. saya doakan awak semoga dikurniakan umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, kesihatan yang baik, kejayaan yang cemerlang dunia akhirat, hidup yang dirahmati dan sentiasa berada dalam lindungan Rahman dan RahimNya.

Saya minta maaf sebab takde hadiah nak bagi awak and takde dekat dengan awak untuk celebrate (walaupun mungkin awak tak minta). hadiah yang saya mampu bagi buat masa ni hanyalah doa2 yang saya kirimkan untuk awak. that's your birthday present from me :)



Selamat Hari Lahir by Aeman
ni lah video lagu nasyid Aeman yang saya ws awak hari tu. :D

Last but not least, wanna wish you happy new year!! semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. semoga ada rezeki untuk kita bertemu lagi hehe aamiin....

Sunday 31 December 2017

My Diary

Actually, Bieha tak tahu nak post pasal apa hari ni..hahah. tapi tajuknya "My Diary" kann. I know that tak ramai pun yang tengok blog Bieha nie. and sekarang dah tak ramai yang pakai blog dahh.. but never mind,, it's same like my first post in a few years ago..hehe. blog ni saje suka2 je sebenarnya, buat macam diari sendiri. bukan tujuan untuk dapat ramai followers or bukan tujuan untuk jana pendapatan tepi (in english nye side income lah). pada yang tak tahu tu, dengan buat blog boleh buat side income taw tapi Bieha kurang tahu bab nak ke arah itu. 

Then, for your information.....Bieha selalu je jenguk2 blog ni walaupun tak selalu update. rajin dengan tak rajin je nak mengupdate nye haha. tu lah salah satu motif dia, boleh tengok balik kisah2 yang telah diupdate before this :D

Post kali ni nak post pendek je..cukup lah 3 perenggan je hihi. for this last paragraph, I want to say thank you pada yang visit this blog and follow. This blog is my diary, so if anyone want to know who am I, ada je jawapannya kat sini :) semoga berjaya mencari jawapan haha.