Sunday 20 May 2012

Speak Out!!! Kamu & Teman-Teman

LAMA berteman atau berkawan bukan bermakna kamu dan sahabat-sahabatmu sudah begitu saling mengenali serta memahami antara satu sama lain. Harus diingat walaupun 'rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain.'


Jadi tidak hairanlah andai tiba-tiba sahaja salah seorang sahabatmu jadi kurang mesra ataupun cuba menjauhkan diri dengan kamu dan teman-teman yang lain? Puas difikirkan apa puncanya, namun masih tetap tidak dapat mencari jawapannya...itulah perlunya sesi luahan perasaan ataupun speak out diadakan. Kamu bukan sahaja bebas membuat sebarang pengakuan, tetapi kamu juga bebas untuk marah, menangis, ketawa, memberi pujian, kutukan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kamu tidak perlu juga tunggu bila ada masalah sahaja baru nak adakan speak out. tanpa masalah sekalipun kamu boleh berkumpul dan lakukannya bagi membincangkan apa sahaja perkara yang kamu ingin dibincangkan. Berikut disenaraikan kebaikan speak out untuk kamu dan teman-teman.


1) Semakin akrab






Bercakap secara terbuka tanpa ada rasa sakit hati atau 'sentap' sememangnya satu cara yang paling baik dilakukan untuk meyelesaikan sebarang masalah yang timbul antara kamu dengan teman-teman dan juga sesiapa sahaja. Selain itu, dalam masa yang sama, ia juga mampu membuatkan hubungan kamu dan teman-teman akan lebih akrab dan merasakan tidak ada apa yang harus disembunyikan lagi.


2) Saling bertukar pandangan
Apabila kamu diberikan ruang untuk meluahkan apa yang selama ini kamu pendamkan, sedikit sebanyak teman-teman yang mendengar boleh memberi pandangan dan saranan mereka. Lebih banyak kepala yang berfikir, itu lebih bagus dan lebih mudah untuk mencari jalan penyelesaian.


3) Membetulkan salah faham






Sekiranya sepanjang berkawan ada salah faham yang berlaku antara kamu dan teman-teman yang lain. Inilah saat yang paling sesuai untuk kamu menyelesaikan salah faham tersebut dengan sebaiknya. Dengan membuat pengakuan dan menceritakan hal yang sebenar, pasti masalah dapat diselesaikan serta perhubungan yang mungkin pernah jadi renggang akan mampu diperbaiki semula.


4) Tahu masalah sahabat






Nama pun kamu berjanji untuk lebih terbuka dalam sesi speak out jadi tentunya akan ada di antara sahabat-sahabatmu yang akan menceritakan masalahnya yang tidak pernah kamu duga berlaku padanya selama ini. Rraut wajahnya sikitpun tidak menunjuk dia punya sebarang masalah, namun rupanya dia paling menderita. Ha...tanpa speak out kamu tidak mungkin sedar tentang semua ini.


5) Penyalur emosi






Marah, sedih atau susah seorang diri tentunya kan lebih membebankan. Jadi lebih naik kalau kamu berkongsi apa yang terbuku di hatimu itu dengan teman-teman. Sekurang-kurangnya jika di kala itu kamu sedang marah ia akan jadi sedikit reda dan sebaliknya, jika kamu gembira, ia akan lebih menggembirakan. Gunakan speak out ini untuk kamu salurkan semua emosi kamu yang terpendam selama ini.


6) Belajar jujur






Bercakap jujur di hadapan teman-teman bukanlah satu hal yang mudah untuk dilakukan. Apatah lagi andai kamu mahu berterus terang tentang sikapnya yang kamu tidak suka. Namun apabila kamu berada dalam sesi speak out, kamu bebas untuk berlaku jujur mengatakan apa yang ingin dikatakan tanpa akan ada wujud perasaan sakit hati.




4 Langkah Mulakan Speak Out
Melakukan speak out sebenarnya terlalu mudah, segalanya bergantung kepada kamu sama ada untuk melakukannya atau tidak. Namun andai kamu tidak tahu cara-caranya, berikut adalah beberapa langkah yang boleh kamu ikuti:


Beritahu pada teman-temanmu






Kamu dan teman-teman mempunyai topik yang penting untuk dibincangkan ataupun punya masalah yang lebih kurang sama. Jadi sarankan pada semua untuk lakukan speak out dan tanyakan pendapat mereka tentang hal ini. Sekiranya mereka semua setuju dan sememangnya sudah lama menantikan saat untuk luahkan segala yang terpendam jadi tunggu apa lagi. Lakukan segera.


Pilih tarikh dan waktu






Berbincang dengan teman-temanmu bila mereka bersedia untuk speak out. Sebaiknya pilihlah hari yang benar-benar kosong supaya perbincangan akan menjadi lebih santai dan tidak terikat dengan masa kerana banyak hal yang mungkin di luar topik akan turut dibincangkan.


Pilih tempat






Kemudian, pilih tempat yang sesuai untuk kamu jadikan ruang speak out. Elakkan daripada melakukannya di tempat awam kerana bimbang timbulnya rasa malu dan tidak selesa. Lagipun tumpuan kamu juga akan terganggu. Sebaiknya lakukan di dalam bilik salah seorang dari teman-temanmu. Kamar yang tenang dan nyaman adalah lokasi paling tepat untuk berbincang pelbagai hal.


Kumpulkan info






Kebetulan hal yang mahu dibincangkan adalah soal salah faham di antara ahli kumpulan kamu. Isu ini sememangnya amat sensitif. Oleh itu, sebelum mengajak teman-teman melakukan speak out lebih baik kumpulkan info-info sebanyak yang mungkin tentang masalah yang berlaku. Mulai dari mana masalah itu timbul sehinggalah bagaimana ia boleh sampai ke satu tahap yang serius.




#saya sayang sahabat-sahabat saya#