Thursday 16 August 2012

Bila Kakak & Adik Jadi Best Friend!

RAMAI yang menyangka bahawa persahabatan itu hanya bolleh terjalin antara kita dengan orang luar sahaja. Contohnya seperti dengan rakan sepersekolahan / rakan-rakan seusia dengan kita, sepejabat dan sebagainya. Sebaliknya, ramai yang tidak sedar bahawa ahli keluarga sendiri juga wajar dijadikan sahabat. Contohnya seperti ibu / ayah dengan anak-anaknya atau mungkin juga sesama adik-beradik itu sendiri. Jika kamu memiliki kakak atau adik yang tidak jauh jarak usianya, ternyata hubungan yang bakal terjalin itu boleh jadi lebih intim. Banyak perkara yang boleh kamu lakukan bersama-samanya. Malah secara tidak langsung hubungan persaudaraan itu akan berlangsung dengan lebih akrab dan tidaklah sentiasa bergaduh lagi seperti anjing dengan kucing!

Mungkin kamu agak kurang arif cara terbaik untuk memikat hati si kakak atau si adik agar sejiwa dengan kamu. Berikut ada tip dan trik yang boleh kamu cuba dalam usaha menghasilkan satu hubungan persahabatan yang lebih erat antara kamu dengan kakak @ adik kamu itu!


Bertukar-tukar baju

Tidak rugi jika kamu saling bertukar-tukar pakaian dengan si kakak atau adik kamu itu. Selain dapat membantu mengeratkan lagi hubungan adik-beradik, cara ini juga boleh menjadikan koleksi pakaian kamu kelihatan lebih banyak kerana kamu saling berkongsi dengannya. Mengapa perlu takut jika perkara tersebut diketahui oleh rakan-rakan? Kamu dan saudara kamu itu sudah tentu rakan-rakan masing-masing tidak akan perasan dengan senario itu. Sekalipun mereka mengetahui yang kamu dan saudara kamu itu saling berkongsi baju, apa yang dapat mereka lakukan? Bukankah kamu dengan si dia adalah adik-beradik! Jadi, tak salahkan?


Saling kongsi perasaan 



Kamu tidak salah memilih orang untuk saling berkongsi masalah dengan kamu. Mustahil si kakak atau adik yang akrab ingin menyusahkan saudaranya sendiri. Jadi kamu tidak perlu risau kerana rahsia kamu itu pasti tidak akan terbocor. Kakak @ adik pasti akan berasa dihargai kerana kamu mempercayai dirinya untuk berkongsi rahsia atau masalah dengan kamu! Kamu boleh berkongsi apa jua masalah dengan saudara kandung kamu itu. Contohnya seperti masalah di kolej / tempat kerja, si dia ataupun tentang kawan-kawan kamu. Mungkin kakak kamu boleh membantu kamu untuk keluar dari masalah yang sedang ditanggung. Sebagai kakak/adik sudah tentu dia memahami akan perasaan dan keinginan kamu. Cadangan dan pandangan yang bakal diberikannya itu pasti akan menenangkan hati kamu nanti!


Grooming bersama


Adakalanya kita boleh saling mempelajari tentang sesuatu perkara baru antara satu sama lain. Masing-masing boleh saling memberi tunjuk ajar tentang pelbagai aspek khususnya yang bersangkut-paut soal penampilan diri. Tidak salah jika kamu ingin belajar bersolek bersama-sama, bahkan kaedah sedemikian lebih menyeronokkan dan menjimatkan. Si kakak dandan si adik dan si adik pula mendandan si kakak. Secara tidak langsung hubungan kamu akan jadi lebih akrab.


Santai bersama



Banyak perkara yang boleh kamu lakukan sesama adik-beradik dalam usaha mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Luangkan masa untuk keluar bersama-sama seperti window shopping, menonton wayang dan sebagainya. Untuk mengeratkan lagi hubungan dan menjadikan aktiviti santai kamu itu lebih menyeronokkan, kamu perlulah saling berkomunikasi antara satu sama lain. Contohnya seperti mengharapkan si kakak/adik memberikan idea atau pendapat tentang pakaian yang ingin kamu beli. Sekurang-kurangnya kakak/adik kamu itu akan rasa dihargai kerana kamu menginginkan pandangan dan pendapat daripadanya.


Manjakan diri bersama



Tidak perlu ke salun untuk memanjakan diri. Malah di rumah pun kamu boleh melakukannya. Ajak si kakak/adik untuk sama-sama memanjakan diri seperti di salun. Walau bagaimanapun kamu hanya perlu melakukan aktiviti sebegini sama ada di dalam bilik kamu sendiri ataupun bilik adik kamu itu. Kamu dan saudara kamu itu saling bekerjasama untuk memanjakan diri masing-masing. Contohnya, kamu mencuci rambut si adik dan si adik pula membantu untuk mem'blow' rambut si kakak. Lakukan secara bergilir-gilir sebagai tanda penghargaan antara satu sama lain. 


Raikan hari istimewa




Kalau inginkan hubungan yang lebih akrab, jangan lupa raikan hari-hari istimewa dalam keluarga bersama-sama. Jika kamu ingin meraikan hari ibu atau hari jadi si ayah, kamu rancanglah sambutan mengejut bersama-sama si kakak/adik. Setidak-tidaknya kamu boleh membuat kek atau sesuatu makanan istimewa khusus untuk ibu/ayah secara bersama-sama. Dengan cara ini hubungan kamu dengan saudara kamu itu akan jadi lebih erat dan lebih mesra.


Membantu ibu




Di hari-hari minggu khususnya, kamu peruntukan masa tersebut untuk menggantikan tugas ibu dan ayah. Kamu boleh membantu ibu dengan melakukan kerja-kerja di dapur mengemas rumah dan sebagainya. Dan untuk membantu si ayah pula kamu boleh mengambil hatinya dengan membasuh baju, menggosok baju atau membasuh keretanya. Kamu lakukan aktiviti ini bersama-sama saudara kamu itu. Di samping meringankan beban si ibu kamu juga dapat menggembirakan hati si ayah. Si ayah pasti berbangga memiliki anak seperti kamu berdua.


Saling menghormati



Kebiasaannya kita sering berbalah dengan adik-beradik sendiri hanya disebabkan satu masalah kecil. Masalah utama yang boleh menyebabkan perbalahan ini ialah sikap salah seorang dari kita yang terlalu menyibuk sebingga si kakak/adik merasakan seolah-olah tiada 'privacy' antara kamu dengannya. Adakalanya kamu bermaksud baik, iaitu ingin mengambil berat tentang hal si adik/kakak kamu itu. Namun tanpa kamu sedari ia telah melampau dari had yang sebenarnya sehingga menyebabkan saudara kamu itu jadi rimas. Setiap orang ada hak peribadi yang perlu mereka pertahankan. Begitu juga dengan saudara kamu itu. Lantaran itu kamu perlu lebih sensitif dn peka tentang perkara-perkara yang disukai dan tidak disukai oleh kakak/adik kamu itu.


Bersama kukuhkan perhubungan






Usaha akan jadi sia-sia jika hanya salah seorang sahaja dari kamu yang berusaha keras untuk mempertahankan hubungan persahabatan yang terjalin itu. Sebaliknya kamu dan saudara kamu itu perlu saling bekerjasama untuk mengekalkan kerukunan ikatan persahabatan dan persaudaraan itu. Untuk merealisasikannya, kamu dan kakak perlulah sentiasa bertolak ansur, saling memahami dan jangan mudah melatah dengan gangguan persekitaran. Kerana setiap perhubungan yang terjalin itu sememangnya tidak dapat lari dari dugaan dan inilah yang dinamakan sebagai rencah kehidupan. Lantaran itu, jika kamu dan si kakak/adik saling menghargai perhubungan tersebut, maka masing-masing perlulah saling bekerjasama untuk mengekalkan kerukunan dalam perhubungan itu.

Saturday 4 August 2012

.:: PERLUKAH ::.

this entry special for my beloved friends,, hope we are best friends forever,, ilmysm!! (i love n miss u so much)
hayatilah... :)

Menitis air mataku 
Hilangnya sahabat sejati
Yang riang dikau ku merindu
Persahabatan abadi

Setiap detik teringatkan dikau
Walaupun kau pergi membawa diri 
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni

Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engkau melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu

GENG SMKAS

* HUDA IZZATI *
*ROS YASMIN *
*NORFARA IDAYU *
* NUR HAMIZAH *
* SITI NASUHA *
*MASANIZA *
* NUR RIZA *
* ERNA AYUNI *
* AYUNI HANI *
* AMIRATUL WAHIDAH *
* NUR HANIS *
* NUR SYAHIRA ILIAYANA *


GENG IPB


* FARAH SYAZWIN *
* FARAH SYAZWANI *
* NUR ALYA KHAIRINA *
* NUR IZZATY *
* SITY FATIHAH *
* SITI NURMALA *
* NURFATIN NABILA *
* NOR SYAFIQA *

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan
Dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati..
SAYA DAN AWAK
Dalam 2 hati Tuhan berikan 3 rasa
SAYANG KASIH DAN KASIHAN
Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan
BERKENALAN BERTEMAN BERKAWAN BERSAMA
Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan
TEMAN BAIK SELALU DI SISI
Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu,
SAYANG KEKAL SETIA MENGERTI MENGHARGAI DAN MENGINGATI
Serta dalam 6 perkataan itu tersimpul 7 huruf
S.A.H.A.B.A.T..
I thank Allah for giving such a good friend,, Allhamdulillah :)


and, ramai lagi sahabat2 yang tak dimentionkan di sini,, ukhuwah fillah,,, :D