Wednesday 26 September 2012

tEnSi0nn..??!!!

Tahu tak kenapa tajuk entry ni 'tension'??hehe..sape2 yang kenal Bieha tu, dia tahu lah kenapa..hi3~
Okay, straight to the point.. 1 OCTOBER 2012 - 19 OCTOBER 2012. Tarikh ni merupakan antara tarikh keramat di antara yang keramat dalam hidup Bieha..hi3~
Erm,, tengoklah jadual nih.. Bieha, orang nye 'budak terlebih rajin' gitu..hu3~ :D
Untuk pengetahuan semua, ni jadual final exam untuk student part1 sampai part6 bagi kos Diploma In Accountancy atau pun lebih dikenali dengan 'DIA' kat IPB nih.. Yang berwarna tu, tu lah subjek yang bakal Bieha duduki nanti..hehe :)



Timetable examination October 2012 diploma in accountancy (ac110)

Time
Day
8.00 – 9.00 am
9.00 – 10.00 am
10.00 – 11.00 am
11.00 – 12.00 pm
2.00 – 3.00 pm
3.00 – 4.00 pm
4.00 – 5.00 pm
5.00 – 6.00 pm
Monday
1st October 2012

9.00 am – 12.00 pm
BEL 311 (ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSE)
2.15 pm – 5.15 pm
ETR 300




2.15 pm – 5.15 pm
ENT 300
Tuesday
2nd October 2012

9.00 am – 11.00 am
BEL 120

2.15 pm – 5.15 pm
ECO 162
Wednesday
3rd October 2012

9.00 am – 11.00 am
IDA 202

2.15 pm – 5.15 pm
LAW 346

9.00 am – 11.00 am
CTU 231 (FUNDAMENTAL OF ISLAMIC ACCOUNTING)





Thursday
4th October
2012

9.00 am – 12.00 pm
BEL 260
2.15 pm – 5.15 pm
AIS 280
Friday
5th October 2012




2.45 pm – 4.45 pm
CTU 151





2.45 pm – 5.45 pm
AUD 390


Sunday
7th October 2012

9.00 am – 11.00 am
IDA 102

2.15 pm – 4.15 pm
IDA 152


9.00 am – 12.00 pm
LAW 240 (INTRODUCTION TO COMMERCIAL LAW)
2.15 pm – 4.15 pm
CTU 101

Monday
8th October 2012




2.15 pm – 5.15 pm
ECO 211
Tuesday
9th October 2012

9.00 am – 12.00 pm
MKT 243
2.15 pm – 5.15 pm
MGT153
Wednesday
10th October 2012

9.00 am – 12.00 pm
MAF 330
2.15 pm – 5.15 pm
MGT 215

9.00 am – 12.00 pm
FMC 330
2.15 pm – 5.15 pm
MGT 162 (PRINCIPLE OF MANAGEMENT)
Thursday
11th October 2012




2.15 pm – 5.15 pm
FAR 100
Friday
12th October 2012
8.30 am – 11.30 am
MAF 280
2.45 pm – 5.45 pm
MAF 320




2.45 pm – 5.45 pm
MAF 310
Saturday
13th October 2012




2.15 pm – 5.15 pm
MAC 260
Sunday
14th October 2012

9.00 am – 12.00 pm
TAX 370
2.15 pm – 5.15 pm
MAF 220 (COST ACCOUNTING 1)
Monday
15th October 2012

9.00 am – 12.00 pm
MAT 112
2.15 pm – 5.15 pm
TAX 320
Tuesday
16th October 2012

9.00 am – 12.00 pm
QMT 181




Wednesday
17th October 2012

9.00 am – 12.00 pm
FAR 360




Thursday
18th October 2012

9.00 am – 12.00 pm
AIS 130
2.15 pm – 5.15 pm
FAR 250
Friday
19th October 2012
8.30 am – 11.30 am
FAR 200 (FINANCIAL ACCOUNTING 3)
2.45 pm – 5.45 pm
FAR 150




2.45 pm – 5.45 pm
FAR 300


Bieha nak story sikit kat sini,, 23 SEPTEMBER lepas (birthday mama) Bieha rasa tension yang teramat.dah capai tahap karma rasanya..hehe.. Bukan apa, Bieha cuma sedih dan risau je coz family mengharapkan yang Bieha boleh lawan abang yang dapat 3pointer and above, and dilantik jadi naib presiden USM Kelantan baru2 ni. Bieha sedih coz diorang tak tahu yang Bieha ni ada masalah study. Sekarang ni Bieha tengah struggle sikit la..hehe..untuk sbjek LAW240..nak tahu kenapa??carry mark Bieha dapat 21.5 / 40, paling rendah dalam kelas..sebabnya setiap quiz and test Bieha failed..sedih sangat. Failed bukan sebab tak study, tapi sebab Bieha tak ada ciri2 seperti seorang hakim kat mahkamah. Siapa yang tak ambik subjek LAW ni memang akan ketawa kan??hehe...tak kesah laa.. Untuk pengetahuan semua, masa dalam exam,, kami kena jadi hakim sementara yang tak bertauliah..huhu.. Kami kena jawab soalan kes, then kena apply kes tu macam hakim betul lah..hurm. Dah, tak nak cerita panjang2..buat kita sedih je nanti..huu~ 
Last but not least, Bieha mohon doa daripada semua untuk mendoakan kami supaya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, tepat dan betul dan mendapatkan keputusan yang cemerlang.insyaAllah, aamin~
GOOD LUCK UNTUK SEMUA YANG BAKAL DAN SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN..ALL THE BEST!! :)

Sunday 16 September 2012

Geng Sepejabat, Apa Untungnya?

HA...semestinya ramai yang mengakui bahawa hubungan persahabatan yang terjalin mampu memperkayakan lagi hidup kamu. Bagaimanapun sekiranya sesebuah ikatan persahabatan itu tercipta di tempat kerja, apakah untung ruginya? Dalam masa yang sama kamu juga perlu bijak untuk memisahkan antara kehidupan profesional dengan peribadi.

Hal ini kerana persahabatan di tempat kerja juga boleh memberi kesan yang amat besar pada karier kamu. Ia membantu kamu menjadi lebih tenang dalam bekerja di samping mendapat banyak bantuan dalam merealisasikan sesuatu tugasan yang sedang kamu jalankan. Persahabatan akan menjadikan semangat kerja kamu semakin bertambah sehingga meningkatkan nilai-nilai produktiviti.

Banyak kelebihan yang mampu kita peroleh menerusi sesebuah hubungan persahabatan yang terjalin. Jadi tidak hairanlah apabila ada sesetengah syarikat tertentu yang memberi penghargaan kepada kakitangan kegemaran mereka yag berjaya menjalankan hubungan sosial yang positif dengan rakan-rakan sekerja di sekelilingnya. Namun di dalam situasi tertentu, lain pula masalah yang bakal timbul. Adakalanya persahabatan boleh membuatkan seseorang itu jadi serba salah kerana impaknya sangat berat. Terlalu banyak bergaul juga akan mengganggu produktiviti kerja kamu. 

Informasi rahsia dan profesional boleh juga diterima secara negatif. Perkara sebegini boleh menjadikan kelompok persahabatan kamu berkembang menjadi ekslusif, negatif dan cenderung untuk bersikap 'pilih kasih' kepada seseorang. Sememangnya kita akan berusaha untuk memperlihatkan kuatnya ikatan sesebuah hubungan persahabatan yang terjalin itu. Namun adakalanya sikap yang gemar berkelompok / berkumpulan akan memudahkan individu menghasilkan satu masalah yang besar. Lebih-lebih lagi apabila berbual tentang topik yang berkaitan tentang kepercayaan seperti bagaimana pendapat kamu tentang pengurus, rakan sekerja dan pekerjaan kamu sendiri. Kamu pasti mengharapkan mereka tidak akan membocorkan atau menghebahkan tentang butir bicara yang kamu bualkan itu kepada orang lain. Tetapi semua itu bergantung pada tahap kesetiaan rakan-rakan kamu agar informasi yang kamu sampaikan tidak sampai ke telinga individu yang berada di luar kelompok kamu itu. Persahabatan yang terjalin di pejabat sama sekali berbeza maksudnya berbanding persahabatan yang terjalin di luar pejabat.

Kerja memberikan kemudahan kewangan kepada individu dan jika diminta untuk memilih antara pendapatan berbanding persahabatan, pasti sebahagian besar individu akan memilih untuk mempertahankan pekerjaannya berbanding persahabatn itu sendiri. Jadi jelaslah di sini betapa goyahnya hubungan persahabatan yang dijalinkan atas dasar kerja semata-mata. Malah senario ini juga bakal mewujudkan pro dan kontra di tempat kerja. Kamu harus memilih sewaktu membina ikatan persahabatan dengan rakan sepejabat. Persahabatan yang baik akan memberi pengaruh yang positif bagi karier kamu. Tetapi jika kamu tersalah memilih kawan, ia akan memberi kesan negatif terhadap kerjaya kamu.

Bersahabat dengan pihak atasan memang tidak ada salahnya. Namun, persahabatan yang terjalin sesama rakan sejawatan akan berlangsung dengan lebih mudah kerana masalah akan terjadi bila ada yang mengawasi atau menilai orang lain. Tetapi jika kamu ingin bersahabat dengan pihak atasan, rakan-rakan yang lain pasti akan lebih peka dan ambil tahu tentang pencapaian semasa kamu dalam kerjaya yang kamu ceburi itu.

Jika sesebuah hubungan persahabatan gagal terbina atau secara perlahan-lahan ia semakin pudar, ini bermakna kamu perlu bertindak melakukan sesuatu. Walaupun keserasian dalam lingkungan yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan, tetapi hubungan persahabatan yang terjalin secara 'segera' itu juga perlu dijaga dan diberi perhatian. Jika kamu benar-benar menyukainya, dalam keadaan apapun persahabatan itu akan tetap bertahan lama. 

Tetapi adakalanya jarang yang mampu bersikap terbuka dengan rakan-rakan sekerja kerana hubungan dalamannya memang agak sukar dibentuk. Sebaik-baiknya dua individu yang menjadi sahabat ini haruslah menerapkan hubungan persahabatan yang lebih erat dan sedia meluangkan lebih banyak masa bersama. Dengan ini ia akan membuatkan kamu tidak memiliki sebarang halangan untuk bersikap lebih terbuka termasuklah sewaktu di tempat kerja.

Bagi mengelakkan diri kamu dari terjerumus dengan arus berbahaya, kamu perlu berhati-hati dalam memberi kepercayaan kepada sahabat kamu. Berhati-hatilah dengan jenis-jenis informasi yang bersifat rahsia kerana kemungkinan si sahabat akan membocorkan informasi tersebut. Sebaik-baiknya kamu perlu menjauhkan diri dari situasi yang boleh mencetuskan konflik untuk kepentingan tertentu.

Saturday 15 September 2012

Hati-hati Ajak Sahabat Bercuti

BERCUTI bersama rakan-rakan sememangnya satu aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan. Lebih-lebih lagi bila berkumpul dan bercuti bersama rakan-rakan sekepala. Namun adakalanya sesuatu yang dirancang itu boleh menjadi sebaliknya jika salah seorang dari sahabat yang mengikuti percutian kamu itu melakukan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan kawan-kawan yang lain. Ish...huru-hara juga jadinya kan? Kerana seorang sahaja daripada kamu yang mengikut rentak hati sendiri, habis semua bakal merasakan tidak puas hati.

Hati-hati kerana ada jenis sahabat sebegini yang perlu kamu elakkan dari mengajaknya untuk turut serta dalam percutian kamu itu. Jangan jadikan perancangan yang menyeronokkan itu bertukar jadi memori menyakitkan yang bakal tidak dapat kamu dan sahabat-sahabat yang lain lupakan sampai bila-bila! Apa kata kamu kenal pasti sikap dan perilaku sahabat-sahabat kamu seorang demi seorang sebelum membuat keputusan untuk mengajaknya pergi bercuti bersama-sama.

Si manja
Mudah sahaja untuk mengenali individu dari kategori ini. Kebiasaan, si manja ini:

  • Selalu memerlukan individu lain untuk menemaninya walau ke mana sahaja dia pergi.
  • Sering merengek-rengek bila meminta atau menginginkan sesuatu. 
  • Cepat tersentuh dan merajuk. Sikapnya kelihatan terlalu sensitif kerana mudah tersinggung dengan setiap kata-kata dan guraun yang dilemparkan kepadanya.
  • Tidak boleh menanggung kesusahan bersama-sama.
Untuk mengatasi sahabat yang sebegini kamu perlu bersikap lebih terbuka dengannya. Sebelum kamu mengajaknya bercuti, kamu jelaskan peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi sepanjang percutian itu berlangsung. Kamu tegaskan kepadanya bahawa setiap individu yang menyertai percutian ini perlulah memiliki sikap bekerjasama dan sanggup menghadapi kesusahan bersama-sama. Malah kamu jelaskan juga bahawa percutian ini sememangnya agak memenatkan.

Jika peraturan-peraturan yang telah ditetapkan itu tidak mampu dituruti oleh sahabat, maka dia tidak layak untuk menyertai percutian itu. Sebelum kamu pergi bercuti, biarkan dia menyiapkan sendiri kelengkapan yang perlu dibawanya sepanjang percutian itu. Sebaik-baiknya kamu ajar sahabat kamu itu terlebih dahulu bagaimana cara untuk berdikari.

Si lembap
Serba-serbi perkara yang dilakukannya kelihatan lemh dan lambat. Selain itu:
  • Pergerakan dan tindakannya terhegeh-hegeh.
  • Susah untuk bangun awal pagi.
  • Janji-janji yang dilafazkannya sukar untuk dikotakan!
Kamu masih berhasrat untuk mengajak sahabat sebegini. Jadi, apa kata kamu adakan satu jadual tetap di sepanjang percutian itu berlangsung. Tegaskan kepada sahabat bahawa, jika dia terlewat dari jadual, dirinya akan terus ditinggalkan bersendirian. Masa itu emas! Kadangkala kamu tidak boleh memanjakan individu sebegini. Satu tindakan tegas perlu kamu lakukan terhadapmya. Jika dia masih lagi bangun lambat, apa kata kamu siramkan sahaja air untuk mengejutkannya. Bila dia tersedar kamu tetapkan masa lima minit untuk sahabat kamu itu menyiapkan diri. Dan jika dia terlambat, apa lagi? Tinggalkan sahaja dia!

Si ayu
Lemah juga kalau memiliki sahabat kaki 'maintain'. Pantang jumpa tandas atau cermin. Sudah tentu dia akan singgah untuk melihat penampilannya di saat itu. Malah si ayu ini juga:
  • Sering menghabiskan masa berjam-jam untuk bersiap atau mandi.
  • Pantang nampak pakwe kacak, sibuk untuk cuba mendekati si mamat yang belum dikenalinya itu.
  • Mempunyai matlamat untuk menyertai percutian semata-mata untuk mendampingi rakan-rakan lelaki yang turut serta.
Jika kamu berhadapan dengan sahabat sebegini, kamu perlu menjadi penasihat setia agar berhati-hati sewaktu memiliki kawan lelaki yang ingin cuba menghampirinya. Jika perlu, kamu tegaskan pada sahabat kamu itu bahawa rakan-rakan lelaki yang ingin cuba didekatinya itu tidak sesuai untuk dia hampiri kerana lelaki itu sudah ada pilihan hatinya sendiri. Kamu juga boleh membuat satu peraturan, rakan-rakan perempuan tidak boleh berbual atau keluar secara berpasang-pasangan dengan rakan-rakan yang berlawanan jantina.

Kepala angin
Sikapnya yang suka naik angin pasti boleh menimbulkan rasa marah kamu terhadapnya. Malah bukan itu sahaja, sahabat sebegini juga kelihatan seperti ingin orang lain mengikut cadangan dan pandangannya sahaja. Malah dia juga"
  • Suka memaksa orang lain mempunyai hobi dan kegemaran yang sama dengannya. Jika tidak, sahabat ini akan menggunakan unsur paksaan bagi memaksa rakan-rakan yang lain mengikut telunjuknya.
  • Keras kepala dan tidak pernah mengakui kesalahan serta kesilapan diri sendiri. 
  • Jika kehendaknya tidak dituruti, alamatnya huru-haralah keadaan!
Jangan pula kamu paksa diri untuk menerima dan mengikut kata telunjuk sahabat kamu itu. Jika kamu tidak suka dengan sikapnya, apa kata kamu berterus terang sahaja dengannya. Malah, kamu juga boleh berpakat dengan rakan-rakan yang lain untuk memulaukan sikapnya yang kepala angin itu.

Si penyendiri
Sikap si penyendiri ini gemar berdiam diri dan sukar untuk bergaul dengan orang lain. Malah si penyendiri juga:
  • Suka berimaginasi dan termenung
  • Kehadirannya sukar diramal. Kadang-kadang ada dan kadang-kadang hilang entah ke mana. Malah dia sering menghubungi kamu menerusi telefon dan mengatakan lokasi di mana dirinya berada sekarang.
  • Sikapnya juga gemar mencemaskan rakan-rakan sekelilingnya.
Kamu tidak perlu menyekat pergerakan sahabat sebegini. Biarkan sahaja dia pergi ke mana sahaja yang dia mahu pergi. Tapi kamu tetapkan syarat kepadanya agar dia memberitahu terlebih dahulu ke mana tujuannya itu kepada salah seorang dari kamu. Selain itu, kamu tetapkan janji untuk bertemu dan berkumpul semula di satu lokasi yang ditetapkan. Dengan cara ini, si sahabat masih kekal berada dalam lingkungan kamu.