Tuesday 30 October 2012

Sahabat Sejenis Kenapa Dicop Lesbian?

Secara logiknya tiada undang-undang yang membataskan hubungan persahabatan hanya boleh terjalin sesama jantina sahaja. Malah, hari ini tidak kurang ramai juga antara kita yang selesa memilih individu yang bertentangan jantina sebagai sahabat. Khususnya kaum perempuan. Alasannya, jika bersahabat dengan lelaki segala rahsia dan masalah yang diceritakan akan lebih selamat tersimpan. Dan begitu juga sebaliknya. Tidak kurang ramai juga di antara kaum lelaki yang lebih gemar memilih kaum perempuan sebagai sahabat mereka. Salah satu alasannya, mungkin mereka ingin cuba memperoleh pandangan dan pendapat lain dari sudut yang berawanan jenis pula.

Namun tidak kiralah walau apa jua alasannya, persahabatan sebegini sering dipandang serong oleh segelintir masyarakat. Dek kerana keakraban yang terjalin dan kekerapan bertemu di antara satu sama lain maka pasangan sebegini sering dilabel sebagai pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Hakikatnya, tidak. Lebih-lebih lagi apabila masing-masing telah memiliki pasangan sendiri. Jika isu ini terus diperbesarkan, kemungkinan besar hubungan percintaan individu itu pula yang akan dilanda masalah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa adakalanya hubungan persahabatan yang terjalin itu boleh mengundang rasa iri hati orang lain. Maklumlah, hubungan persahabatan yang dijalin dengan rasa ikhlas kebiasaannya akan kelihatan benar-benar akrab dan istimewa. Maka tidak hairanlah jika ada yang cemburu melihat situasi itu.

Hubungan persahabatan kebiasaannya terjalin atas dasar saling mempercayai dan saling memahami di antara satu sama lain. Sahabat bukan sahaja boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengadu nasib dan berbalas pandangan, malah sahabat juga boleh dianggap sebagai individu yang paling jujur di dunia khususnya dalam membicarakan mengenai sesuatu perkara walaupun adakalanya ia boleh mendatangkan rasa sakit hati dalam diri masing-masing.

Namun hubungan persahabatan yang kamu jalin boleh juga mendatangkan masalah jika pasangan kamu agak kurang memahami atau meragui tentang hubungan kamu dengan sahabat. Lebih-lebih lagi apabila sahabat kerap meminta pandangan kamu untuk setiap perkara yang bakal dilakukannya, bermula dari soal kerjaya sehinggalah keluarganya. Si dia mungkin beranggapan kamu seolah-olah milik orang lain. 

Satu lagi keadaan yang boleh menjadikan keadaan kamu dan kekasih bertambah parah apabila sahabat kamu sendiri berani memberi komen mengenai kehidupan peribadi kamu dengan pasangan. Secara tidak langsung pasangan kamu boleh membuat spekulasi dan andaian sendiri berhubung hubungan kamu dengan sahabat yang seolah-olah meraguinya.

Adakalanya, hubungan persahabatan yang kamu jalinkan itu berlangsung dalam satu jangka waktu yang agak lama. Mungkin kamu telah mengenali sahabat dengan lebih lama berbanding kekasih sahabat kamu itu sendiri. Itulah realiti dalam kehidupan. Di mana bila tiba saatnya, mereka pasti akan berumah tangga dan memiliki orang lain yang perlu mendapat keutamaan dari mereka. Untuk memastikan hubungan persahabatan kamu itu kekal bertahan. Pastikan masing-masing bersedia mengekalkan sahabat kepada pasangan masing-masing sejak dari awal lagi.

Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk menjaga hubungan persahabatan yang berlawanan jenis ini agar tidak tersasar dari landasan persahabatan sebenar sekali gus mempertahankan hubungan persahabatan yang dijalinkan itu agar kekal lama?

"Hubungan persahabatan yang memiliki perasaan 'istimewa' nyata boleh dikesan sejak dari awal perhubungan lagi. Individu yang memiliki rasa 'sayang' kepada sahabatnya boleh dikesan kelainannya menerusi gerak-gerinya, cara dia memandang, kata-kata yang dilafazkan dan sedikit sebanyak individu ini akan menunjukkan sikap yang terlalu berharap terhadap sahabat."

Perkara paling penting harus kamu lakukan untuk memperbetulkan niat dan matlamat kamu dalam persahabatan yang dimulai dengan niat yang tidak betul boleh mendorong hubungan persahabatan itu terpesong dari landasannya. Mulakan persefahaman dan sedia berkongsi suka dan duka bersama-sama. Ingat, jangan pula kamu mengambil kesempatan di atas kebaikan sahabat kamu itu! Sebaliknya, peliharalah hubungan itu agar kekal mekar sebagai sahabat sejati.

Kamu dan sahabat perlu mewujudkan rasa percaya di antara satu sama lain
Walau apapun cerita yang dikongsi oleh sahabat dengan kamu, kamu anggaplah diri kamu sebagai sebahagian daripadanya. Mengkhianati kepercayaan sahabat sama ertinya kamu sudah mulai bosan dengan persahabatan itu dan seolah-olah ingin menganggap sahabat sebagai musuh. 

Kamu perlulah bersikap profesional bila sahabat dengan rakan sepejabat
Sebuah persahabatan yang positif pasti berlangsung dengan keadaan aman. Jangan terlalu bersikap seperti ingin mengorek rahsia sahabat. Adakalanya sahabat juga memerlukan ruang untuk bersendirian. 

Menjaga hak peribadi masing-masing
Jangan terlalu sibuk dengan masalah sahabat sehinggakan sahabat boleh menemui sahabat di saat masing-masing memerlukan teman untuk berbual atau berkongsi aktiviti bersama-sama.

Kamu dan sahabat perlu mengenal hati budi masing-masing
Malah kamu dan sahabat juga perlu tekankan dalam diri bahawa tidak semua hal boleh diceritakan antara satu sama lain.

Jangan pula kamu mudah tersentuh
Bila sahabat menunjukkan sedikit kelainan dalam persahabatan, kamu seolah-olah beranggapan bahawa sahabat sengaja ingin menjauhkan diri dari kamu pula. Lantaran itu masing-masing perlu mengamalkan sikap terbuka dan berterus terang agar tidak ada di antara kamu yang memendam perasaan sakit hati atau tersinggung. Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang dapat meluahkan pandangan dan pendapatnya secara berterus terang dan tidak ada yang disembunyikan walau sedikitpun.

Ada antara topik-topik tertentu tentang perempuan yang boleh dibawa berbincang dengan sahabat lelaki
Namun ada juga perkara yang boleh menimbulkan rasa sakit hati bila dibawa berbincang. Boleh jadi juga sahabat merasakan sesuatu perkara itu agak remeh untuk diajak berbincang atau dibualkan. Sebaiknya, kamu dan sahabat perlulah mengelak dari timbulnya persoalan sedemikian. Sifat keterbukaan dan saling menerima kekurangan masing-masing adalah perlu dalam usaha meneruskan hubungan persahabatan ini.

Berfikir dan bertindaklah secara positif
Jika berbual mengenai sesuatu perkara, elak dari sikap suka mengutuk atau mengata. Sebaliknya, bentuklah perbualan yang boleh mewujudkan proses perbincangan antara satu sama lain. Dengan cara ini, masing-masing boleh membangkitkan rasa percaya dan keyakinan diri dalam meneruskan hubungan persahabatan itu.

Apa yang pasti, kehidupan tanpa sahabat adalah sangat sunyi. Sahabat nyata diperlukan dalam segala hal. Mendengarkan keluh-kesah, kebahagiaan, kesedihan dan apa jua yang bakal kita lalui. Ada individu yang beranggapan bahawa, kehilangan sahabat sama seperti berakhirnya kehidupan ini. Jadi bagaimana pula dengan kamu?

Thursday 11 October 2012

Aku Mahu Dia

Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah 
Selalu ingin dekati dan 
Ingin menghampiri dia 

Aku mahu dia milikku 
Ku harap semua pun tahu 
Bahagia terasa bila 
Ku melihat senyumannya 

Aku sedar ku telah jatuh cinta 
Dengannya hati ku terasa 
Luar biasa

Aku tahu kau selalu curi lihat aku 
Matamu jelaskan kau mahu 

Katakanlah pada ku kasih 
Andainya kau punya perasaan sepertiku 
Agar kita bisa bersama 

Tolong jawablah kasih 
Jawablah perasaan hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu 

AKU MAHU DIA by HAZAMA

Berdasarkan lirik lagu ni, ia ditujukan kepada seorang wanita daripada seorang lelaki. Kalau Bieha pulak, nak tujukan pada seorang lelaki dan seorang wanita..haha. Cinta kat sini bukan bermaksud cinta dengan kekasih, tapi rindu kat orang yang Bieha sayang..hehe. 

SYADATUL SYAIRAH BINTI SHAHRUL AZAHAR
8 JULAI 1994
COMEL (her pet's name)
NASI AYAM & NASI GORENG PATAYA
REMY ISHAK 
SCHA ALYAHYA
BIRU, HITAM, PUTIH
In a relationship with.......???

Haa,,, ni dia..insan yang Bieha rindui..huhu.. Cantik kan??macam Najwa Latif..hee~ maaf diq..coz amek pic ni without your permission. Akak rindu lah..thanks ye coz sudi nak berkawan dengan akak even tak sampai 3bulan. Akak akan sentiasa mengenang segala pertolongan dan bantuan yang adiq hulurkan. Akak maafkan segala salah silap adiq..maybe apa yang adiq buat kat akak selama ni ada hikmahnya. Akak doakan, semoga adiq berjaya dengan cemerlang di dunia dan di akhirat.insyaAllah.
* Dia bukan adiq angkat saya lah, tapi junior saya je.. :) * 

Erm, yang lelaki pulak siapa ye?? Tak payah la nak mention kan kat sini. Nanti dia marah..dia tak suka lah kalau Bieha yang mention..kalau orang lain agaknya dia tak kesah la kot.huhu. Biarlah Allah and Bieha je yang tahu k??hehehe. Berharap si dia (Capital M.R) baca post ni and dia terasa, dia lah yang Bieha maksudkan tu..hurm. Nak wish kat dia, good luck for your SPM examination and try your best k!

Akhir sekali (dah macam nak buat karangan BM pulak :p), mari kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat senior Bieha yang disayangi dan dirindui, Muhammad Safwat bin Nordin yang telah pergi buat selamanya sempena hari kelahirannya pada hari ini. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di tempat orang2 yang beriman. Al-Fatihah..

<3 Aku Rindu Sayang Kamu Kerana Allah <3

#Wish me luck for paper MAF220 and FAR200 on this Sunday (14th October, 2.15-5.15 pm) and next Friday (19th October, 8.30-11.30 am).#