Sunday 9 June 2013

:: DiA ParT 4 DeLimA ::

Hyep, apa khabar semua.??hehe.. Hope semua sihat2 saje..in shaa Allah. Dah lama sangat Bieha tak update blog ni..sibuk dengan diri sendiri je..huu~ oke, post kali ni nak story sikit je tentang classmates Bieha masa semester lepas (part 4). Awal2 sem dulu, Bieha rasa tak boleh nak terima sebab ditempatkan di kelas akhir (kelas D)..tak boleh nak terima sebab Bieha failed 1subjek je..(LAW240) orang lain yang banyak subjek and subjek yang ramai repeat boleh masuk kelas C..huh. Then Bieha cuba jugak kuatkan hati ni, mind set "setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya"..redha je lah. Bila sudah berbulan2 bersama dengan classmates ni, Bieha rasa seronok sangat..diorang selalu juga buat Bieha terhibur, best lah korang! (Y)

Ni dah naik sem5.. Alhamdulillah, impian Bieha tercapai. Result Bieha sem lepas dapat 3pointer, alhamdulillah even tak dapat AD..bersyukur sangat. Maka terpisahlah Bieha dengan classmates sem lepas..bukan terpisah buat selamanya okay?huhu...terpisah kelas je.. 

Apa2 pun Bieha nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ex-classmates Bieha yang telah banyak membantu dalam setiap perkara..tahniah juga kepada semua kerana telah memperoleh keputusan yang baik, memuaskan dan cemerlang..mana2 yang kurang tu, bersabarlah wahai sahabat2. Mungkin Allah nak beri lebih daripada itu even kita rasa kita sudah berusaha dan cuba buat sehabis baik. Semoga dengan usaha yang telah korang lakukan itu mampu membuatkan korang naik suatu hari nanti..in shaa Allah. 

Lihat ke bawah..Bieha dedicate kepada semua sahabat2..maaflah, andai ada yang tidak selesa, just nak buat kenangan..hehe :)



Siti Fatihah Ibrahim

she is my best friend forever..susah senang saya dalam pelajaran, dia banyak membantu esp subjek BEL312..hehe..thanks dear. :) 
kami sama garang tapi garang saya kurang menyerlah gitu..hahaha.... 
I love you, my bestie.. ^_^


Nur Hidayah Rashid

Dayah orangnya pandai..kalau dalam kelas FAR250, cepat je dia dapat tangkap..Bieha lambat sikit..hehe. Tahniah ye.. :)


Alia Azreena & Ain Fathil

Iya..saya suka dengan senyumannya yang menawan..hihu~ dia jiran senegeri saya, Johor :)
Ain kawanku yang kelakar.. Ain, Bieha sentiasa doakan kejayaan Ain..good luck ye.. ^_^


Umirul Hafiz

salah seorang komander IPB, ada pegang jawatan dalam JPPA sebagai Biro Kebajikan kot..tak ingat lah..maaf ye..hehe.. 
dia suka mencari pengalaman baru yang mencabar..saya sokong dari belakang ye..huhu. semoga berjaya, sahabat :)


Naim al-Amin

Penggemar coklat.. Naim, rahsia tetap rahsia..simpan baik2..orang kata, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut..hihihi


Atiqah Yaacob

Setiausaha JPPA IPB..seorang yang tegas dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.
saya suka cara dia yang sangat bersahaja dan tidak pernah memandang rendah pada orang lain.


Muhd Fikri

seorang pelajar yang aktif dalam bersukan dan menjadi wakil pelajar IPB ke SUKOB 2013..tahniah!


Ain Zalikha

ni Ain bff cousin Bieha, Fatin Ishmah..hehe. dulu, Bieha tengok Ain ni macam sombong je taw..tapi tak pun sebenarnya bila dah sekelas nih..maafkan saya..hee :D


Haniff

he is a cool man..ngeh3~ :D
dalam kelas memang terkenal dengan Bukit Indah..rumah dia lah..haha. dekat dengan rumah lecturer ECO211 kitorang, Madam Asiah.. :)


Hussaini
Edzham Asyran
Shah Effendy

tiga sahabat yang sentiasa bersama..dari sem 1 sampai sekarang..macam belangkas ke? emm,, sikit lah..hahah.. teruskan bersahabat! :)


Hayatun Syamila

she is my closed friend in class..study sama2 dalam subjek FAR250 and MAF280..
dia gembira sebab dia pass FAR250..katanya, dia pass sebab saya..bukan nak bangga kat sini..tapi saya bersyukur sangat, sekurang2nya saya dapat bantu dia pass dalam subjek nih..hurm. Tahniah!! :)


Nor Aniza Ali

Aniza baik orangnya, dah macam kakak saya la pulak. erk, sikit laa..hehe. Niza boleh la dikatakan rapat dengan Bieha..masa sem1 dulu, bilik kitorang selang sebilik je kot, selalu lepak sama2..hurm. Niza, kita rindu saat itu ketika kita bermain bersama..heh :)


Fatihah Hakim

Tiha pun dah macam kakak saya..garang juga orangnya..tapi bertanggungjawab. kalau Tiha tengah marah, semua orang takut termasuk Bieha..hehe.. tapi Bieha tak ambil hati pun laa..sebab kadang2 Bieha pun macam Tiha juga..hihihi... >_<


Irfan Badaruddin

dia ni suka kacau orang..Fazreen la yang selalu kena..kesian..haha. Bieha pun kena jugak, kena sakat dengan dia nih, macam2..geram I!!hahah. takpe, tak kesah pun..nak ambik hati sekejap je kot..huhu. lagi satu, jangan simpan pic Bieha lama2, okay? kalau dah baca ni, baik delete sekarang..hahah


Abdullah Munzir

Lah, Bieha suka dia speaking..esp masa presentation lah. Selalu juga kena kacau dengan dia nih..kadang tu buat bodoh je..haha...maafkan saya segala salah silap saya..hee ^_^



Emilyia Isaac

Isaac adik beradik saya.. 
hah??adik beradik??hahaha.... bukanlah,, means dia rapat dengan mentor Bieha, Madam Azmalinda..asal jumpa Madam je, mesti ada dia..haha.. dulu Bieha tak campur sangat dengan Isaac, Bieha start bergaul masa kitorang 1group dalam program apa ntah, tak ingat pulak..masa sem2 lah..hurm. :)


Muhammad Fazreen

haa...ni pun jiran senegeri saya juga..hihi.. duk Tangkak. pernah sekelas sebelum ni, masa semester 1. Lembut orangnya, tapi bab bercakap tak boleh menang dengan dia..ada je benda nak bercakap, esp bab gosip, fuh! meletop gitu..hahaha


Muhaasin Sabri

yeah! dia ni aktif juga dalam sukan..bole laa..hehe. sekarang Bieha pun tak tahu la pulak dia buat apa..sebab dia extend semester dah nak dekat2 final exam lepas. Bieha doakan, semoga kamu dapat apa yang dicari..in shaa Allah, aamin~


Syahmi Mansor

Ami!! haha.. macam abang Bieha pulak..sebab abang Bieha pun ada panggil Ami jugak..huhu. Orangnya tinggi dan pemalu..kat kelas AIS 280, orang panggil dia Remy Ishak, pelakon kegemaranku..hehe..gelaran ni wujud bila ada lecturer ganti, Miss Lela yang comel..hoho


Nur Fatihah

Teah pun pernah sekelas sebelum ni, masa sem 1..sem 4 sekelas masa kelas AIS280, ECO211 and MAF280. 

Hilmi

pic Hilmi takde,, sory ye..huhu.. Hilmi ni terkenal dengan playstation dia..hoho.. Hilmi, teruskan study..jangan hampakan harapan orang sekeliling ye.. Bitaiufiq wannajah! :)

Aliaa Azizan

maaf, pic alia takde..hee. Alia orang Kedah, Bieha suka dia..orangnya rajin juga, bukan macam Bieha..hehe. Bieha and Alia selalu juga study sama2 kat library masa musim final exam. Seronok study sama2, thanks Alia.. :)

Afiqah

maaf juga, pic Fiqah takde.. orangnya pemalu..hihi.. Fiqah selalu bersama dengan Fatiha, my bff..tapi saya tak rapat dengan Fiqah..just kawan biasa je..heh. :D


erm, ok sampai di sini sahaja..tak dapat nak story banyak2.. kepada semua kawan2 dan sahabat2 yang dikasihi, ampun maaf dipinta segala salah dan silap Bieha selama kita bersama. Mohon dihalalkan makan minum dan ilmu yang diberi..kalau ada hutang mintak eh..hihi. Apa yang telah tertulis dalam blog ni, yang kamu semua rasa tidak selesa, ampunkan jua..dan maaf, ayat tunggang terbalik..layan je lah ye..hee

oh ye, 4 Delima..saja je tambah nama..hehe. 4 Delima ni nama kelas Bieha masa sekolah rendah dulu..kelas budak2 pandai, tapi Bieha tak lah pandai mana..menumpang je kat situ..hahaha.
okay, akhir kata, minta maaf sekali lagi, terima kasih dan tahniah buat semua.. Semoga berjaya, study leklok ye..Bieha sentiasa doakan kejayaan sahabat2 semua..in shaa Allah. Jaga diri, semua..hehe.. K bye! :))