Thursday 5 December 2013

FinaL Sem..!!!

Hai,, lamanya Bieha tak update blog..huhu. rindu pulak <3 Apa khabar semua? Bieha, Alhamdulillah sihat walafiat..hehe. Untuk pengetahuan semua, Bieha dah masuk semester akhir nih. Kalau tanyakan perasaan, Bieha pun tak tahu nak jawab. 
"Apa perasaan anda bila dah masuk semester akhir ni?"
Haa....ada macam wartawan tak? Wartawan yang sedang mewawancara seorang artis yang tidak terkenal..ahaks. Okay la..Bieha try jawab ye. 
"Actually, saya rasa macam-macam..hihi. Means, erm...sedih, gembira, excited, risau, and banyak lagi lah. :) "
Okay, Bieha nak story nih..panjang, agak laa..hehe. Cuti semester lepas, after Raya Haji keluarga Bieha diuji Allah. My dad got sick..bleeding. Hampir 3 minggu ayah ditempatkan di 2 buah hospital. Doktor sendiri tidak tahu punca penyakit..and then they said, maybe ia berpunca daripada pemakanan. Hm, okay..kita ikut je apa yang doktor nak buat, just buat solat hajat mohon doa padaNya, kita serahkan segalanya pada Dia. Kita jaga ayah baik-baik..semoga disembuhkan penyakitnya dengan sebaik-baik kesembuhan..aamiin~

Alhamdulillah, selepas seminggu lebih doktor kata, ayah dah boleh keluar selepas 5 hari masuk ubat antibiotik yang baik punya. Pada masa tu, tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh sekalian pelajar dan pensyarah diploma UiTM..hari penghulu segala hari, hari Jumaat bersamaan 1 November, keluar result final exam. Orang lain punya lah excited nak tengok result..Bieha? Macam takde perasaan..bukan apa, sebab fikirkan kesihatan ayah tadi, benda lain tak ingat dah..redha je la apa yang Bieha dapat dalam result tuu... Memang jadi kebiasaan la kan, dapat result je kawan lain semua nak tahu result kita. Siapa2 yang text Bieha tanya tentang result, Bieha just bagi je ID number..tengok lah sendiri tapi jangan beritahu Bieha..hoho.. Termasuklah sepupu Bieha yang 1 kolej dengan Bieha..dah beritahu awal-awal lagi jangan beritahu Bieha..tapi dia punya excited macam Bieha dapat 4 flat. Bukan nak menolak takdir andai Bieha ada rezeki itu tapi Bieha tak mampu nak berharap sepenuhnya. Alhamdulillah, dapat la juga CGPA naik 3 pointer walaupun sikit. Then, hari tu juga doktor yang merawat ayah kata, ayah tidak perlu menjalani apa-apa pembedahan..bersyukur sangat pada hari tu sehingga mengeluarkan air mata kegembiraan. :'( Syukur, ya Allah.. :)

Selepas seminggu lebih ayah keluar wad, Bieha pula kena balik KL..semester baru dah nak bermula. Bieha rasa berat hati nak tinggalkan parents..yelah, mereka dah tua..memang dah sampai lah masanya untuk Bieha berbakti pada mereka kan?hee.. 

22 November bersamaan dengan hari Jumaat, hari pendaftaran pelajar lama DIA (Diploma in Accountancy). Orang lain seronok lah kan kalau jumpa kawan, dah sebulan lebih tak jumpa..Bieha? biasa-biasa je and so sad because, my lovely friend tak dapat berjuang bersama kami untuk semester akhir ni. Sedih sangat-sangat..yelah, Bieha tak sempat nak jumpa dia, dia dah balik selepas berurusan dengan bahagian HEP untuk extend semester. Menangis la Bieha.. (menangis dalam hati je) :'( 



"Tiha,, awak jaga diri ye..kami rindu sangat kat awak..kami sentiasa doakan awak. Apa sahaja keputusan yang awak buat, kami terima dan kami doakan awak sentiasa berada dalam Rahman dan RahimNya..in syaa Allah, aamiin~ "
(Pic ni masa kami di semester 3..join program Rakan Muda kawasan Titiwangsa. Walaupun mata awak tak celik masa ni, awak tetap cute :D )

Okay lah, sampai di sini je ye..dah penat selepas menggodak macam-macam kat internet nih..hehe.. (assignments pun ada ye.. :) ). Sebelum tu, nak beritahu..disebabkan dah final sem kann..agak busy la kann..mohon maaf andai ini post yang terakhir pada semester ini. Doakan kami dapat grade on time ok? Dimurahkan rezeki dapat sambung pengajian hingga Degree, Master and Phd dan beroleh kerjaya yang kami impikan iaitu, Accountant, Auditor, Businessman, Lecturer, Bank Officer dan banyak lagi.

Ucapan Bieha untuk semua sahabat-sahabat seperjuangan, keep on your effort to achieve our goal. (macam broken je..layan lah..haha). Ataupun, bak kata Madam Sharifah Idris, "Terus je dengan jalan yang lurus jangan belok-belok". Okey, SEMOGA BERJAYA & SELAMAT BERJUANG, SAHABAT!! ^_^