Thursday 24 July 2014

Kemuliaan Ramadhan

 
Ramadhan bulan ibadah
Bulan kerahmatan dan keampunan
Para malaikat merendahkan sayap
Untuk menghitung pahala berganda


Ramadhan bulan berpuasa
Bulan kesabaran dan keinsafan
Lapar dahaga mendidik jiwa
Menundukkan nafsu
Mengawal indera


Pintu syurga dibukakan
Ditutup pintu neraka
Dibelenggu syaitan yang durjana
Dihentikan azab di pusara


Bersyukurlah pada rahmat-Nya
Dikurnia bulan yang mulia
Beruntunglah bagi mereka 
Yang mendapat keberkatan-Nya

Tiap satu pahala ibadah
Tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
Dikurniakan lailatul Qadar
Malam yang terbaik
Diumpamakan seribu bulan


KEMULIAAN RAMADHAN by UNIC ft. IN-TEAM


Update sempena bulan puasa nih..hehe. Tinggal beberapa hari saja lagi bulan yang mulia ni pergi untuk tahun ni. Bagaimana dengan amalan kita semua dalam bulan ni? Moh le muhasabah sikit. Puasa kita ni adakah hanya puasa dari lapar dan dahaga? Apakah solat kita terjaga dengan menunaikannya di awal waktu? Ini baru yang wajib...yang sunat macam mana pulak? Qiamullail yang diisi dengan solat tahajud dsb. Bacaan alQuran 30 juzuk..dah khatam berapa kali hingga hari ke-26 Ramadhan nih? Erm, paling kudik pun, dah sampai juzuk berapa sekarang? Haa,, cepat2..!! Ada masa lagi ni nak habiskan 30 juzuk.

Then, setakat 26 Ramadhan ni banyak dah ke kita bersedeqah kepada orang yang lebih memerlukan? Cakap pasal sedeqah ni,, nak nasihat lah, kalau baca alQuran tu, niatlah sedeqahkan bacaan alQuran itu kepada ibu bapa, seluruh ahli keluarga, sahabat-handai, jiran tetangga dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Buatlah, tak mustahil bila kita ada anak nanti mesti anak itu buat perkara yang sama pada kita atau bila kita dah takde, mesti orang yang masih hidup akan lakukan yang sama apa yang kita buat sebelum ni. Zakat juga jangan lupa...pada mereka yang sudah ada pendapatan sendiri tuu, tak usah la parents nak bayarkan jugak okay? ^_^ Ingat, setiap amalan dan perbuatan kita tu, niatlah ikhlas kerana Allah. In syaa Allah, setiap perkara yang kita lakukan Allah kira walaupun sedikit.

Ok, apa yang Bieha taip kat atas tu,, bukannya Bieha buat 100% perfect. Yelah, masing-masing ada kelemahannya sendiri kan?hehe. Nak share, target utama Bieha tahun ni ialah khatam alQuran 30 juzuk dalam masa 30 Ramadhan nih. Emm,,, ni je yang Bieha nak share..lain tak nak..hee :D 

Alhamdulillah, sebelum Ramadhan pergi, Bieha hanya tinggal 2-3 juzuk lagi nak khatam. Bieha harap sangat dapat khatam dalam Ramadhan tahun ni..tahun2 sebelumnya tak sempat habis, semenjak dah besar nih..huhu. Setiap bacaan yang Bieha baca, Bieha niat sedeqahkan kepada golongan yang disebutkan tadi terutama sekali arwah emak Bieha. Bieha sangat rindukan arwah..Bieha selalu mohon pada Allah supaya datangkan arwah dalam mimpi Bieha. Semenjak arwah pergi, baru sekali dua Bieha mimpi..tu pun masa zaman sekolah dulu. Lama sangat dah kami tak ketemu.hee. Bieha rindu mak sangat2.. :'(

Erk, okay lah..Bieha tak nak terus beremosi kat sini. Apa yang Bieha harapkan Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Segala nasihat dan peringatan yang Bieha tampilkan kat sini, untuk peringatan semua dan juga diri Bieha sendiri. Marilah sama-sama tingkatkan ASA (Amanah Saham Akhirat) kita pada bulan yang mulia ini. Segala amalan yang kita lakukan, istiqamahlah..biar sedikit tapi berterusan. Mohon maaf atas segala kesalahan dan kekurangan Bieha selama ni (moh le bermaafan kita di bulan yang barokah ini). Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin tak lama lagi..hehe :)