Saturday 3 January 2015

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama:
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab

Nama-nama Lain:
Ahmad
Al-Mahi
Al-Hasyir
Al-A'qib
Al-Mutawakkil
Nama-nama Gelaran:
Abu Qasim
Al-Amin

Bangsa:
Arab Quraisy

Agama:
Islam

Tarikh Lahir:
Hari Isnin.
12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (Riwayat lain 9 Rabi'ul Awal).
Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi:
Ummu Mas'ud 

Tempat lahir:
Di Syua'ib Bani Hashim di Makkah

Bilangan Adik-beradik:
Anak tunggal (Anak yatim)

Nama Ibu:
Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab

Nama Ibu Susuan:
Thuwaibah (hamba Abu Lahab)
Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah

Nama-nama Pengasuh:
Aminah
Thuwaiba
Halimatun As-Sa'diyah
Barakah Al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W.

Nama-nama Isteri:
Khadijah binti Khuwailid
Saudah
A'isyah binti Abu Bakar
Hafsah binti Umar
Zainab binti Khuzaimah
Hindun binti Abi Umaiyah
Zainab binti Jahsyi
Juwairiah binti Al-Haris
Ramlah binti Abi Sufian
Sufiah binti Huyi
Maimunah binti Al-Haris
Nama-nama Anak:
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Fatimah
Zainab
Ummu Kalsum
Ruqayyah
Nama-nama Bapa Saudara:
Hamzah
Al-Abbas
Abu Talib
Abu Lahab
Az-Zubir
Abdul Ka'abah
Al-Muqawim
Dhirar
Qusam
Al-Mughirah
Al-Ghaidak

Nama-nama Emak Saudara sebelah Ibu dan Bapa:
Sufiah
A'tikah
Barrah
Urwa
Umaimah
Ummu Hakin Al-Baidha'

Bapa Saudara dan Emak Saudara yang Memeluk Islam: 
Hamzah
Al-A'bbas
Sufiah
Urwa

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan:
Mariah Al-Qibtiah
Raihanah

Nama-nama Hamba Lelaki:
Aslam
Abu Rafi'
Sauban
Abu Kabsyah Sulaim
Syurqan
Yasar Nubi

Nama Anak Angkat: 
Zaid bin Harithah bin Syarahil

Nama-nama Khadam:
Anas bin Malik
Abdullah bin Mas'ud
'Uqbah bin 'Amir
Asla' bin Syarik
Bilal bin Rabah
Abu Zar al-Ghiffari

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran:
Abu Bakar
Umar
Uthman
Ali
Zubir
Amir
Amru Al-'As
Zaid bin Thabit
Muawiyyah
Ubai bin Kaa'b
Abdullah bin Rawa

Setiausaha Sulit:
Huzaifah bin Yaman

Sifat Fizikal:
1. Badan tinggi sedang
2. Rambut ikal mayang
3. Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap
4. Bulu dada nipis, keseluruhan badan tidak berbulu
5. Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang

Sifat-sifat yang Wajib Bagi Seseorang:
Siddiq (benar)
Amanah (jujur)
Tabligh (menyampaikan)
Fatanah (bijaksana)

Sifat-sifat yang Mustahil:
Kazib (dusta)
Khianah (pecah amanah)
Kitman (menyembunyikan)
Baladah (bodoh)

Sifat-sifat yang Harus:
Makan
Minum
Tidur
Berkahwin
Sakit
Demam

Pendidikan: 
Al-Ummiy (tidak pandai membaca dan menulis)

Pekerjaan: 
Gembala kambing
Berniaga

Perlantikan menjadi Nabi dan Rasul: 
Umur 40 tahun di Gua Hira' 

Guru Pertama: 
Malikat Jibril 'Alaihi Salam

Tugas Utama: 
Menyeru manusia menyembah Allah SWT

Jawatan yang Diamanahkan:
Menjadi Nabi
Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin
Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah

Keistimewaan: 
1. Sebaik-baik makhluk yang dicipta
2. Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Quran
3. Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul (Khatamun Nabiyyin)
4. Manusia pertama masuk syurga

Gelaran Dari Kalangan Nabi:
Ulul 'Azmi (banyak menempuhi ujian berat daripada Allah)
SAW

Kenangan Manis: 
Dibawa melancong dalam peristiwa Isra' Mi'raj

Kenangan Pahit:
Diusir oleh penduduk Ta'if, semasa peperangan Uhud

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu:
Turunnya al-Quran Ayat Iqra' (1-5 ayat, di Gua Hira') pada 12 Rabiu'l Awal

Pengalaman yang Paling Menakutkan:
Ketika melihat rupa asal Malikat Jibril a.s. di ruang angkasa

Hijrah ke Madinah:
Umur 53 tahun
Ditemani Abu Bakar as-Siddiq
Sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622 Masihi

Orang yang pertama didakwah dan memeluk Islam:
Lelaki dewasa: Abu bakar as-Siddiq
Perempuan dewasa: Khadijah (isteri Nabi)
Kanak-kanak: Ali bin abu Talib
Hamba: Zaid bin Harithah

Sahabat-sahabat Kanan:
Abu Bakar as-Siddiq
Umar al-Khattab
Uthman bin Affan
Ali bin Abu Talib

Mertua dan Menantu dari Kalangan Sahabat:
Abu Bakar (mertua)
Umar (mertua)
Uthman (menantu)
Ali (menantu)

Berita yang Menggembirakan:
Keislaman Umar bin Al-Khattab

Berita yang Menyedihkan (Kematian):
Khadijah binti Khuwailid (Isteri Nabi)
Abu Talib bin Abdul Mutalib (Bapa Saudara Nabi)
Hamzah bin Abdul Mutalib (Bapa Saudara Nabi)

Peristiwa yang Menggembirakan:
Pembukaan Kota Mekah

Penglibatan dalam Peperangan:
Perang Badar
Perang Uhud
Perang Khandak
Perang Khaibar
Perang Al-Fath
Perang Hunain
Perang Tabuk

Nama Tempat yang Pernah Dilawati:
Syam
Baitul Maqdis (Palestin)

Catat rekod Dunia:
Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya' hingga sebelum masuk waktu Subuh (Isra' & Mi'raj)

Isteri yang Paling Disayangi:
'Aisyah (ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup)

Anak yang Paling Disayangi:
Fatimah

Cucu yang Paling Disayangi:
Hassan bin Ali
Hussin bin Ali

Sahabat yang Paling Disayangi:
Abu Bakar

Nasihat Nabi:
"Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan"
Wasiat Nabi:
Dalam Khutbah Wida' (khutbah selamat tinggal) 
"Aku tinggalkan dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanyan iaitu Kitab Allah dan Sunnahku"
Syafaat Nabi:
Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya

Tarikh Wafat:
Waktu pagi hari Isnin
12 Rabiu'l Awal 11 Hijriah
Bersamaan 8 Jun 632 Masihi
Umur 63 tahun 4 hari

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." 
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Salam Maulidur Rasul 1436 Hijri