Sunday 31 December 2017

My Diary

Actually, Bieha tak tahu nak post pasal apa hari ni..hahah. tapi tajuknya "My Diary" kann. I know that tak ramai pun yang tengok blog Bieha nie. and sekarang dah tak ramai yang pakai blog dahh.. but never mind,, it's same like my first post in a few years ago..hehe. blog ni saje suka2 je sebenarnya, buat macam diari sendiri. bukan tujuan untuk dapat ramai followers or bukan tujuan untuk jana pendapatan tepi (in english nye side income lah). pada yang tak tahu tu, dengan buat blog boleh buat side income taw tapi Bieha kurang tahu bab nak ke arah itu. 

Then, for your information.....Bieha selalu je jenguk2 blog ni walaupun tak selalu update. rajin dengan tak rajin je nak mengupdate nye haha. tu lah salah satu motif dia, boleh tengok balik kisah2 yang telah diupdate before this :D

Post kali ni nak post pendek je..cukup lah 3 perenggan je hihi. for this last paragraph, I want to say thank you pada yang visit this blog and follow. This blog is my diary, so if anyone want to know who am I, ada je jawapannya kat sini :) semoga berjaya mencari jawapan haha.
 

Tuesday 28 November 2017

:: PerJuAnGaN ::

Perjuangan itu gerun dan mengerikan 
Hebatdan dahsyat menggerunkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang 
Hujan badai yang datng menyerang
Bak singa lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan 
Ada yang jatuh ada yang tenggelam 
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenag ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya 
Namun harapnya hanya pada yang Esa

Perjuangan by SaffOne

This post is about my journey....dalam mencari ilmu. Bieha nak share sikit perjalanan Bieha dari kecik sampai ke besar la ni..hehe. 

First time masuk school umur 4 tahun, dah masuk Tadika Pasti Al-Huda, Kg. Shari, Simpang Rengam, Johor...dekat dengan rumah. 3 tahun taw Bieha belajar kat tadika nih, hahah. masuk awal sebab mengekor abang..Afiq nama dia. ke mana saja dia pergi, pasti ada saya..muahaha.. beza umur setahun je. dalam 3 tahun tu ada la Bieha skip class berapa bulan entah. tu pun sebab ada peristiwa yang menggelikan sampai tak pergi sekolah terus, hahah. kalau nak cerita ni memang kelakar..haih!

Next stage, masuk sekolah rendah. naik darjah 1 dengan 2 Bieha masuk SK Simpang Rengam. dekat juga la dengan rumah, tapi kena naik van jugak, hahah. tapi masa darjah 2 jalan kaki je sebab dah pindah rumah kat Taman Samudera, depan sekolah je.. jalan kaki 10 minit laa kalau jalan lambat, hehe.. darjah 1 dengan 2 nie Bieha dengan Afiq dapat sesi pagi. cuma Ami je sesi petang. Ami ni beza umur 3 tahun. kitorang lain sesi sebab kitorang tak sama sekolah agama. Ami punya school sebelah SKSR je sesi pagi. kitorang school agama sesi petang kat Sek Agama Mukim Penghulu dekat dengan Kg. Shari juga tapi jauh dengan rumah. 

Haa,, 2 tahun je la school kat Simpang. darjah 3 pindah Sek. Keb. dan Sek. Agama Kg. Dato' Ibrahim Majid, Simpang Rengam.. pindah rumah sekali, dekat juga dengan sekolah..jalan kaki je. masa darjah 3 ni Bieha masuk kelas kedua, sebab tak lepas nak masuk kelas first. 2 kelas je kat sekolah tu. tak lepas pun, 2-3 kali juga la bertukar-tukar kelas. mungkin cikgu confuse nak masukkan Bieha kat mana..haha. naik darjah 4, Bieha berjaya masuk kelas first dan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah (takde ciri2 kepimpinan nak jadi Pengawas Sekolah huu). Alhamdulillah naik sebab Bieha pulun habis masa exam, dapat la top 5. masuk darjah 4 sampai 6, Bieha biasa2 je kat level tengah hehe. yang class first ni semua pepandai. UPSR Bieha dapat 3A 2B tak dapat sama level dengan Afiq dapat 4A 1B dan dilantik sebagai Pengawas Sekolah. tapi tu pun dah Alhamdulillah,, sebab dah layak masuk school yang Bieha nak hehe. 2B yang Bieha dapat tu Bahasa Melayu Pemahaman dengan Bahasa Inggeris. macam tak masuk akal pulak Pemahaman B Penulisan boleh A haha. layan lah ea hee. 


Gambar masa Anugerah Kecemerlangan darjah 3, dapat top 10 dan Matematik terbaik. 

SMK Agama Segamat, Johor. ni la school yang Bieha nak sangat. sebab sekolah ni famous juga la masa tu di antara sekolah2 asrama penuh yang lain (sekarang dah jadi sekolah kluster). lagipun sekolah ni ramai sedara mara masuk sini juga termasuklah abang2 dan kakak Bieha. dari form 1 sampai form 5 kat sini..ngekor Afiq lagi haha. tapi Afiq tak kisah pun sebab dia seorang abang yang baik pada adik2 dia (betul ke tak?haha). 2 tahun je la sekolah situ ada Afiq, sebab form 4 dia masuk Maktab Tentera Diraja. yelah, pelajar cemerlang juga dia ni,, Pengawas Sekolah lagi. PMR dia 8A 1B, Bieha 5A 4B. 4B tu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi, Sejarah dengan Sains. disebabkan Sains Bieha B, so tak layak masuk kelas Sains Tulen. okay la tuu,, masa trial dapat D, tu sebab tak sihat laa dapat D hmm. Ustaz Firdaus siap slow talk lagi, tapi tak cakap la sebab demam tu. at last dapat juga B (Ustaz, saya berjaya buktikan yang saya boleh!)

Naik form 4 Bieha masuk kelas sastera. memang tu pun Bieha nak, sebab nak belajar Prinsip Perakaunan plus Bieha suka Mathematics. tak pikir nak amik Sains masa tu sebab kurang minat. bila belajar Akaun dengan Ekonomi ni, haaa hambik..ujian dia.....fuhh! terasa sampai sekarang weyh haha. SPM Bieha kalau cerita memang sedih, tapi nak juga citer. masa trial, tak silap Bieha dapat 6A yang lain 3B 2C kot kalau tak salah laa hahah. so tercalon dalam student score. time SPM teruk,, dapat 3A je 4B 4C. ni kes main2 la ni,, haduiii menyesal tak sudah weii sampai sekarang. yang C tu ofcoz Bahasa Inggeris hahah,,, Sejarah, Ekonomi Asas dengan Pendidikan AlQuran & AsSunnah. yang A tu best, Bahasa Melayu, Sains dengan Math Mode hehe. subjek BM masa tu ramai budak2 pandai dapat B, tapi Bieha berjaya dapat A macam pelik sikit, tapi ok la tuu rezeki Bieha hehe. 

Next level is matriks and diploma. dulu Bieha pernah nak masuk Kolej Matrikulasi Melaka sebab tu je dapat offer. dah siap bayar yuran kot tapi tak masuk. so tak boleh refund..hm. tak jadi masuk sebab cousin Bieha ajak (esok nak daftar matrik, malam ni baru call huhu, btw thank you) masuk Institut Profesional Baitulmal (Kolej-kolej Bersekutu UiTM) ambik Diploma Perakaunan 3 tahun. sepanjang diploma ni Bieha tak pernah dapat Dean List, apatah lagi degree haha. pointer paling tinggi Bieha pernah dapat masa diploma ni la, first sem 3.40 sikit lagi nak DL. so dapat la masuk class first. susah juga nak survive ni, ada 1 paper part 3 Bieha kena repeat. mujur bukan paper carry, tapi paper LAW. tu lah,, suka2 je tak minat, kan dah failed. tapi ambik sekali lagi dapat A taw haha. habis 3 tahun Alhamdulillah pointer dapat 3.11 so boleh la dapat pengurangan bayaran pinjaman MARA hehe. 


Konvokesyen Diploma di DATC UiTM Shah Alam pada November 2014.

Last,, degree Bieha pernah masuk Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muadzam Shah, Pahang. habis 1 sem kat situ ambik Degree in Accounting, baru dapat offer penyerapan UiTM. lambat sangat..hahha. so masuk la UiTM Melaka Kampus Alor Gajah, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan 2 tahun setengah. susah weii nak survive degree ni. kalau diploma susah apatah lagi degree kan? ada la jatuh bangun nye tu tapi macam jatuh yang banyak haih! pointer Alhamdulillah walaupun tak dapat 3 pointer tapi pointer tu Bieha harap masih relevan laa ermmm 2.80 :D 

So now, da habis degree ni tunggu masa nak konvo and masih dalam proses mencari pekerjaan. cita2 Bieha memang nak jadi Akauntan dan nak sambung belajar dalam kursus profesional like ACCA, CPA or MICPA. tapi nak kena kerja dulu la kan nak tanggung kos belajar tu. moga ada jalan dan dimurahkan rezeki Aamiin. :) 

Saturday 11 November 2017

:: Aku YanG SeBeNaR ::

Tak ku menafikan
Semua cerita
Yang engkau dengar dulu
Sungguh belaka
Semua yang benar
Dan jua yang direka reka

Cahaya dari mata 
Musuh terbakar
Mantera dari bibir
Rakan pun cair
Terpulang padamu 
Terima atau menyangkalnya

Jikalau kau perlu tahu
Siapakah aku yang sebenarnya
Cubalah kau menghampiri
Kenali sendiri

Mungkin kau akan ketemu
Sesuatu yang menggoncang duniamu
Dan mungkin kau akan suka
Malah cinta malah rasa bernyawa

Seru semangatmu
Mari dekati
Dengar jantung ini
Berdetak benar
Bahagia sentiasa menanti
Insan yang berani

Aku Yang Sebenar by Hazama 

hai, my name is Nabihah. just call me Bieha. but my close friends ada yang panggil Bie, Abie, and ....... ? eh tu je lah, panggilan manja katanya. suka hati koranglah, haha. 
based on the lyric above, Bieha tujukan pada someone yang ..... I think he 'jual mahal',  hahah. but never mind, I never give up to know you! keinginan untuk kenal dengan awak, sangat dalam. I don't know apa yang buat I rasa macam tu. but if you read this, I'm so sorry.. I hope you can open your heart to accept me to be your friend. 

yesterday, you just told me that you don't know me, so why I sibuk2 nak tahu pasal you?! then, I have told you my intent and asking you, tak berminat ke nak tahu? siasat saya ni siapa? kot2, pembunuh bersiri ke.?urm. okay..tak eh, kejam sangat pembunuh tuh, tapi betul jugak, pembunuh nyamuk?hehe. saya tanya macam tu, baru awak nak tanya saya ni siapa.? tapi saya tak jawab terus, sebab awak tanya macam tak ikhlas je..haha. jawapan dia semua ada kat sini, cuma pandai dengan tak pandai cari je. tapi lirik ni adalah jawapan umum untuk persoalan awak.

it's true that I tak kenal pun you ni orangnya macam mana. tapi I believe that you are a good person. again, I want to tell you that I really really really want to know you, I want you to be my best friend one day. please give us the chance to know each other. 

my prayer is always with you. take care! 
my english not so good taw, hehe.

Friday 10 March 2017

LasT SeMesTeR

yuhuuu....! lama sangat tak update entry baru kan? walaupun lama takde story baru, tapi Bieha still ada masa untuk jenguk2 blog nih,,hahaha.. nak story pasal last semester and last year Bieha ni.. (in syaa Allah).

now, Bieha dah semester ke-8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Melaka. bila kata last semester, of course lah dah senior, okay! hahahah,,, perasan lebih :P

actually, nak luah sikit lah perasaan kat sini. (i like to share something about me, friends or anything..as usual right?hiks!). ramai yang akan berfikir, bila dah last sem nih..dah nak grad la kan? yup, in syaa Allah...tolong doakan Bieha ye..risau sangat. sebab final semester ni lah akan buat Bieha rasa makin stress, maybe.. dengan group project nya..macam2 lah. pada tarikh entry ini di publish, Bieha dah seminggu naik sem baru taw. baru seminggu dah ada assignment untuk di present next week, okay!hahaha. good luck to Bieha!huhuh. 

siapa rasa bidang akaun ni senang, you are wrong! it's not easy for me.. :'( even my friends told me, Bieha salah seorang student yang pandai (aamiin). em,, Bieha orang yang biasa2 je, tu sebab pointer pun biasa2 lagi,, bawah 3 sekarang ni :( setiap semester yang Bieha lalui untuk degree ni, Bieha rasa macam,, aku ni salah ambik kursus ke? of course not, right? because i love study (background pun gambar buku, jangan memain..haa), i love maths, i love accounting, and i love you! eh?hahaha... 

cakap pasal pointer kan, nak share isi hati..huu. hari tu,, before naik sem, my family asked me about my new semester and my cgpa. i just told them, not 3 pointer yet. and they keep asking me, why?! but i keep silent. then, mereka pesan, belajar elok2..jaga pointer tuh. and i just say "in sya Allah" and still...keep silent. you know why? because i don't have enough strength to share what i feel and what i face along my study. maybe they not understand my life as a student accounting zaman sekarang ni. (nak menangis pulak aih.. *kesat air mata*)

parents ada tanya juga, semester ni ambik berapa paper? my mom was shocked because i told her that i will carry 9 papers. actually, 8 papers only..(ONLY, okay!) Bieha tersilap cakap. then Bieha beritahu, memang every semester kena ambik 8 paper for 23 hours in maximum. fakulti dah tetapkan and my batch adalah batch pertama yang zaman diploma ambil kod lama tapi bila masuk degree kena ambil kod baru. kau rasa?? of course, my batch is special batch because we are 'testing batch' as usual. kami dah biasa,, sejak sekolah lagi memang jadi 'batch ujikaji'. kami redha.. 

tukar subtopic lain pulak, hehe.. it's about my friends. Bieha rasa simpati sangat kat kawan2 batch yang tak dapat grad on time. diorang terpaksa extend 1 semester sebab tak dapat tambah jam kredit untuk habiskan degree. kesian juga, sebab diorang fikir kos kann. cer bayangkan, if extend semester, 1 jam kredit kena bayar RM70. setengah daripada mereka, ada yang extend untuk 4 paper. 1 paper 3 jam kredit. [4 paper x 3 jam kredit x RM70 = RM840] mana nak dapat duit banyak tuh? nak sewa rumah lagi.. if yang berduit tak risau sangat. if yang tak berduit tu camne? yang bergantung sepenuhnya pada pinjaman. 

bagi Bieha, kita tak boleh salahkan diorang 'siapa suruh tak belajar betul2?'. eh helloo......Bieha pun ada fail, okay! paper yang tak masuk akal untuk fail (sama macam diploma dulu..haih!). tu sebab orang lain ambik 7 paper, Bieha 8 paper..sebab ada carry paper part 6 punya..heheh. menyesal sangat drop paper tuh. kan dah ada problem jadual clash sem nie..huarghh! :'(

the last point nak share (macam buat essay sekolah..last point..hahaha), is my target for this semester. Bieha target untuk capai 3 pointer. berdasarkan pointer Bieha sekarang, tak mustahil lah kalau Bieha boleh buat. Bieha KENA buat surprise untuk diri sendiri. try imagine, 7 paper yang sangat tough and ada failure rate, Bieha kena dapat grade B and above, not B-. doakan Bieha ye,, dapat beri full commitment. Bieha tak nak extend sem..hurm.

okay la, sebenarnya banyak benda nak share, but i think, that's enough (next time, share lagi). biar pendam sorang2, just share with Him only. orang lain bukannya boleh buat apa pun kann..selain DOA. nak disimpulkan, "kita takkan berjaya kalau tak pernah gagal". please, pray for me and my friends. thanks! <3

*maaflah,,Bieha guna bahasa rojak..hahaha. as you know me, my english not so good..hope you all understand what i'm trying to say..huu*