Wednesday 18 June 2014

Kesedihan Dalam Kegembiraan

22 Mei 2014
Hari ini, pada masa yang sama,, Bieha dapat dua berita yang berbeza, berita yang sedih dan gembira.
Pertama, sedih kerana berita yang melibatkan seorang sahabat Bieha telah pergi buat selamanya. Bieha rasa sangat terkilan sebab tak sempat nak jumpa arwah sebelum pemergiannya.

Arwah seorang yang baik hati, periang dan tabah. Arwah disahkan menghidap penyakit SLE sejak di bangku sekolah lagi. Arwah banyak beri inspirasi pada Bieha dari segi sikapnya yang penyayang, ambil berat pada sahabat2nya. Walaupun hanya sebentar cuma dapat bersama di SMKAS dalam tingkatan 2 dan 3, kenangan bersamanya tak kan pernah luput dalam ingatanku.

Salam takziah buat keluarga Almarhumah Maziah Ahmad, semoga rohnya dicucuri rahmat ke atasnya dan ditempatkan bersama dengan kalangan hambaNya yang bertaqwa. Alfatihah.. 

Kedua, Alhamdulillah..Bieha telah pun ditawarkan satu pekerjaan di kolej Bieha sendiri, IPB. Terima kasih kepada sahabat Bieha, Nur Fatin Nabila Radzali..sebab ingat pada Bieha, ajak Bieha kerja kat IPB, duduk sebilik dengan dia kat hostel. Bersyukur, parents said,, kalau sabar, ikhlas bantu family, Allah mudahkan, Allah perkenankan apa yang kita inginkan. Thanks too to my parents because gave me green light to work in KL. Before this, parents memang tak bagi kerja kat KL..risaukan pendapatan yang Bieha dapat nanti tak dapat nak tampung segala perbelanjaan, sewa rumah dsb. Tapi tidak pula bekerja di IPB, sebab stay kat hostel tanpa bayaran..hehe.

Alhamdulillah, semua ini kerja Allah Taala.. Allah telah menggerakkan sahabat Bieha untuk menawarkan satu kekosongan pekerjaan pada Bieha. Sujud syukur atas rezeki yang dikurniakan walaupun tiada kaitan dengan bidang yang Bieha ambil.

Kesedihan dalam kegembiraan. Inilah yang Bieha maksudkan, ketika orang lain gembira kerana Bieha dapat tawaran kerja, tetapi Bieha sedih ditinggalkan sahabat yang Bieha sayang. Pergilah dikau dengan tenang di sana, kami yang masih hidup akan teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat. Terima kasih, sahabat,, terima kasih, Allah atas segala kurniaan yang Engkau berikan padaku. Alhamdulillah... :)