Friday 30 November 2012

spEciaL f0r y0u :)

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta 
Yang takdirnya bukan untuk kita 
Mungkin ini adalah cara meluah cinta 
Tanpa berkata atau berpandang mata 

Mungkin aku mencintaimu 
Walaupun engkau tak pernah tahu 
Mungkin aku mencintaimu 
Tanpa lelah ataupun jemu

I'm sorry but i love you
I'm sorry if i miss you
Even if i can't have you
You know i'll always be there for you

Mungkin kita tak bersama itu takdirnya 
Tak mengapa asal kau bahagia 

Biar aku mencintaimu 
Biar tiada siapa yang tahu 
Biar aku mencintaimu 
Dalam diam ataupun bisu

I'm sorry but i love you
I'm sorry if i miss you
Even if i can't have you
You know i'll always there for you

I'm sorry but i love you

<3 I LOVE YOU <3 by NAJWA LATIF

Lagu ini ditujukan kepada insan2 yang Bieha sayang..siapa?? Semua lah, hehe. Salah seorang daripadanya ialah Mr. H _ _ _ F. Siapa dia?? Couple Bieha ke?? Jawapannya, BUKAN ye.. :) Saya tetap dengan prinsip saya, "no couple before nikah"..hehe. Kalau bukan, kenapa nak wish "i love you" kat dia pulak??haish! Erm, okeh..Bieha tak nak beritahu kenapa, tapi Bieha just nak beritahu yang dia adalah salah seorang lelaki yang Bieha suka. Bieha pun tak tahu lah kenapa Bieha suka kat dia nih? Nak kata hensem, hensem la jugak..nak kata baik, boleh lah.. Yelah, tiada siapa yang sempurna melainkan Nabi Muhammad. :)

Sebenarnya Bieha dah kenal dia sejak tahun 2008, then rapat sikit je dengan dia 2tahun selepas itu..hee~ Erm, Bieha nak minta maaf kat dia, sebab banyak buat salah kat dia. Dia tak pernah beritahu yang dia ada terasa hati dengan apa yang Bieha buat, dia hanya diamkan diri je. Sampai satu hari, orang lain yang beritahu yang dia dah tak nak ada hubungan lagi dengan Bieha atas sebab kesalahan Bieha yang dia tak suka. Hm, okay lah..if itu kehendak dia, Bieha ikut. Bieha cuma nak minta maaf segala salah silap sepanjang kita kenal dan berhubung. Itu je yang Bieha nak sampaikan kat dia.hurm.

Untuk Allah pula, hope Allah dengar segala isi hati Bieha terhadap dia. Bieha sangat sayang pada dia seperti sayangnya seorang kakak kepada adik (hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Bieha terhadap dia). "Ya Allah, engkau ampunilah segala dosa dia terhadap diriku. Engkau murahkanlah rezekinya, Ya Allah". Semoga hidupmu diberkati, wahai lelaki yang ku minati. :D

Okay lah, sampai sini saje..Bieha nak turun surau At-Tholabah @ surau IPB..hehe. Sekejap lagi ada kuliah Jumaat untuk pelajar perempuan yang akan disampaikan oleh Ustazah Rohayu binti Yusoff @ pensyarah agama Bieha semasa semester 2 & 3. Sekian, terima kasih.. :)

Saturday 17 November 2012

KEAJAIBAN DI GAZA

Keajaiban di peperangan Gaza
...
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!


Peristiwa 2


Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???


Peristiwa 3


Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.


Peristiwa 4


Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!


Peristiwa 5


Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !


Peristiwa 6


Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?


Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!


#ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN BERHENTII...SAYA BUKAN SIAPA2, SAYA BUKAN ORG SYRIA, DAN BUKAN ORG PALESTIN, TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG DAN BANTULAH MEREKA...WALAUPUN HANYA DENGAN BERDOA.

Friday 9 November 2012

Jarak Bukan Halangan

PERHUBUNGAN jarak jauh bukan hanya terjadi dalam percintaan sahaja. Sebaliknya, kamu dan sahabat juga boleh berhadapan serta mengalami situasi seperti ini. Perpisahan antara kamu dengan sahabat boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti si sahabat berpindah mengikut keluarganya ataupun terpaksa terbang jauh untuk menyambung pengajiannya di perantauan. Kamu ingin hubungan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama itu terus kekal bertahan? Berikut ada caranya! Kenapa perlu dipertahankan?

Menjaga yang ada
Tiada sesiapa pun di dunia ini yang ingin hidup bersendirian. Setiap insan yang normal memerlukan seorang sahabat untuk saling berkongsi rasa di antara satu sama lain. Tentu ianya sesuatu yang merugikan sekiranya hubungan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama tiba-tiba terputus begitu sahaja apabila masing-masing terpaksa berpisah jauh. Sebenarnya, walaupun ia tidak bermaksud hubungan tersebut juga perlu memiliki jarak! Kamu masih lagi bersahabat seperti dulu.

Mengajar jadi setia
Hubungan yang kamu pelihara itu juga boleh melatih diri kamu untuk menjadi individu yang setia. Secara tidak langsung ia boleh membiasakan diri kamu untuk tidak mudah melupakan hubungan yang sedia terjalin. Hal ini disebabkan kamu telah sedia memegang komitmen dengan diri sendiri untuk menjaga hubungan persahabatan tersebut walaupun kini tidak selalu bersama.

TIP MENJAGA IKATAN
Berjauhan dengan sahabat juga sebenarnya akan menguji sejauh mana kamu boleh menjaga ikatan persahabatan sedia terjalin. Ha... di sini disediakan beberapa langkah yang boleh kamu lakukan untuk memastikan ikatan persahabatanmu itu terus kekal dan untuk selamanya.

Rancang pertemuan
Kamu dan sahabat perlu berbincang serta memilih tarikh sesuai yang membolehkan kamu berdua berjumpa. Meskipun kebiasaanya kamu dan sahabat hanya kan bercuti sewaktu cuti umum ataupun cuti-cuti khusus yang lain, namun siapa sangka kamu dan sahabat boleh mengadakan cuti istimewa khusus untuk kamu berdua mengatur percutian bersama. Rancang percutian sejak dari awal dan atur aktiviti percutian itu dengan sebaik-baiknya agar kamu tidak melepaskan peluang keemasan untuk bersantai bersama. Pilihlah hari yang bersesuaian agar kamu dan sahabat tidak rasa tertekan ataupun terkenang-kenangkan kerja yang menimbun di pejabat!

Detik istimewa!
Jangan sesekali kamu melupakan hari-hari penting antara satu sama lain. Contohnya, hari ulang tahun atau tarikh-tarikh penting yang lain. Kalau boleh, adakan reminder pada telefon bimbit kamu agar kamu tidak sesekali lupakannya. Jika kamu memiliki bajet sekeping kad istimewa atau hadiah yang mahal-mahal, memadailah dengan sekeping kad istimewa atau hadiah kecil yang boleh menimbulkan rasa istimewa dalam diri sahabat terhadap kamu.

Kirim berita
Kirimlah e-mel jika kamu ada sebarang perkembangan terbaru yang ingin dikongsi bersama sahabat. Tidak kiralah walaupun ia hanya sekadar informasi 'biasa-biasa' seperti ada salah seorang rakan sekolah yang sahabat kamu kenali telah menyambung pengajiannya ke luar negara. Kongsilah cerita tersebut bersama sahabat agar si dia tidak rasa ketinggalan. Begitu jugalah sebaliknya! Kamu boleh meminta sahabat untuk memberikan informasi terbaru tentang dirinya juga tentang keadaan persekitarannya di sana. Secara tidak langsung, ia juga boleh menambah pengetahuan kamu tentang destinasi luar.

Bertukar-tukar gambar
Jangan ketinggalan untuk mengirimkan gambar-gambar menarik yang kamu ada kepada sahabat. Lebih-lebih lagi gambar yang menunjukkan kamu menghadiri salah satu jamuan bersama rakan-rakan yang lain. Secara tidak langsung ia boleh membangkitkan rasa rindu si sahabat untuk turut sama menyertai kamu dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini akan menguatkan lagi ingatan dan rasa sayangnya terhadap hubungan persahabatan kamu itu. Kirimkan juga gambar-gambar terbaru diri kamu kepada sahabat. Dengan cara ini juga sahabat dapat menyaksikan perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap diri kamu dari semasa ke semasa. Kamu juga perlu meminta agar si sahabat melakukan perkara yang sama agar kamu berdua boleh saling bertukar-tukar khabar berita antara satu sama lain. 

Tidak semestinya
Jangan beranggapan bahawa semua perkara yang kita lakukan untuk menjaga hubungan persahabatan ini sebagai satu 'kewajipan'. Jika kamu menganggapnya sebagai satu kewajipan ia boleh menimbulkan rasa 'malas' dalam diri kamu. Kirimkan khabar, gambar, SMS atau menelefon sahabat sewaktu kamu benar-benar ingin tahu cerita terbaru tentang dirinya. Jangan memaksa diri kamu untuk menghubungi sahabat setiap hari kerana ia boleh menimbulkan 'jarak' di antara kamu dan sahabat di samping menimbulkan rasa bosan terhadap rutin sebegini.

Apabila Bertemu..
Setelah sekian lama terpisah, akhirnya kamu berpeluang bertemu sahabat lama semula. Kamu mampu menghangatkan detik pertemuan tersebut dengan...

Memeluknya
Pelukan kamu dapat menambah kehangatan suasana pertemuan itu. Katakan kepadanya bahawa kamu sangat merindui dirinya dan ceritakan apa sahaja tentang perkara yang ingin kamu kongsi dengannya. Kemudian kamu juga boleh menceritakan tentang hal-hal menarik yang terjadi dalam kehidupan kamu di sepanjang ketiadaannya itu. Inilah masanya untuk kamu dan sahabat bertukar-tukar cerita antara satu sama lain atau saling meluah rasa agar hubungan persahabatan yang terpisah untuk beberapa ketika itu kembali mekar dan akrab sama seperti dahulu. 

Melakukan kebiasaan lama
Jika kamu memiliki hobi atau kebiasaan yang sama, ambil kesempatan ini untuk melakukannya bersama-sama. Dengan melakukan kebiasaan ini bersama-sama kamu dan sahabat boleh saling mengimbau memori lalu di samping mengingatkan kembali hal-hal kelakar yang pernah dilalui bersama pada suatu ketika dahulu.

Bertukar-tukar cenderahati
Apa kata kamu saling bertukar barang istimewa di antara satu sama lain. Dengan cara ini kamu dan sahabat boleh berjanji untuk bertemu semula dan mengembalikan semula barang pemberian tersebut di tangan masing-masing dalam satu pertemuan di masa akan datang. Barang istimewa tersebut tidak semestinya berharga mahal atau besar. Sebaliknya, ia adalah barang kesayangan masing-masing seperti patung, rantai dan sebagainya yang disifatkan sebagai sentimental value. Kalau boleh, jangan beri sahabat barang yang besar-besar kerana ia akan menyukarkan si sahabat untuk membawanya ke merata tempat. 

Mengadakan jadual
Sebelum kamu dan sahabat terpaksa berpisah semula, apa kata kamu dan sahabat mengadakan satu jadual pertemuan yang seterusnya. Kamu dan sahabat perlu terus berdoa dan mengharap agar pertemuan seterusnya boleh dilaksanakan bersama-sama.