Tuesday 31 January 2012

Sahabat... 'The More The Merrier'

'CARILAH seribu sahabat kerana seribu sahabat itu belum terlalu banyak. Jauhilah seorang musuh kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.' Ha...apa kata kamu lihat diri kamu sekarang, adakah kehidupan kamu kini dikelilingi oleh ramai sahabat? Atau sahabat yang mendampingi kamu masih boleh dikira dengan jari? Mengapa perlu takut untuk bersahabat?

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kehadiran sahabat di dalam kehidupan seharian, mampu mendatangkan keceriaan dan semangat yang positif dalam diri. Jadi apa kata kehadiran tahun ini kamu sematkan azam untuk menambah lebih ramai kenalan dan sahabat baru untuk didampingi. Tidak tahu cara bagaimana untuk mencari dan memulakan ikatan persahabatan itu? Apa kata kamu cuba tip berikut;

Senyuman



Ikatan persahabatan boleh dimulakan dengan senyuman. Berikan senyuman yang ikhlas kepada individu yang baru kamu kenali kerana ia mampu meninggalkan impak yang positif dalam kitaran sosial kehidupan. Riak wajah ramah boleh dizahirkan menerusi senyuman. Jika kamu ingin lebih ramai individu mendekati kamu, pastikan kamu tidak lokek dengan senyuman.

Jom gathering!





Anjurkan satu majlis pertemuan bersama rakan-rakan. Kepada setiap tetamu yang hadir, kamu sarankan agar mereka turut membawa dua atau tiga orang rakan baru. Secara tidak langsung kamu boleh saling kenal-mengenali antara satu sama lain dalam usaha meluaskan lagi jaringan yang sedia ada. Tidak semestinya kamu perlu mengadakan majlis ini di restoran-restoran mewah atau hotel. Sebaliknya kamu boleh mengatur pertemuan di mana-mana lokasi strategik seperti di warung-warung biasa yang sesuai, taman-taman rekreasi dan sebagainya. Tidak perlu terlalu protokol!

Ketepikan ego!





Ketepikan rasa malu dan ego. Di dalam persahabatan, kamu tidak boleh bersikap sombong. Jadi, jangan takut atau malu untuk memulakan perbualan. Mulakan perbualan dengan dialog yang bersesuaian. Contohnya; sewaktu sedang menunggu teksi ada seseorang yang kamu rasa boleh dijadikan rakan berbual duduk berhampiran dengan kamu. Dekatinya secara perlahan-lahan dan ajukan pertanyaan seperti: 'sudah lama menunggu?' atau 'awak hendak ke mana?' Olah dialog yang boleh dikembangkan menjadi bahan perbualan bersama. Dengan cara ini kamu boleh memulakan hubungan persahabatan. Mungkin kamu boleh saling bertukar-tukar kad perniagaan antara satu sama lain.

Dekati dunia maya





Facebook dan Twitter adalah antara dua komuniti dalam talian yang terhangat masa kini. Untuk meluaskan lagi persahabatan di samping berusaha menjejak rakan-rakan lama, kamu boleh turut sama menyertai jaringan sosial dalam talian ini! Kalau tidak percaya, cuba kamu daftarkan diri dalam mana-mana kemudahan internet yang menawarkan perkhidmatan persahabatan sedemikian! Sekelip mata sahaja ramai kenalan-kenalan baru yang terdiri dari pelbagai latar belakang boleh kamu kenali di sini! Tidak susah untuk kamu mencari kenalan sekarang.

Beraktiviti & berkenalan





Saban hari pelbagai agensi dan kelab kerap mengadakan aktiviti seperti perkhemahan, ekspedisi, jamuan-jamuan tertentu dan sebagainya. Contohnya di majalah REMAJA, sepanjang tahun majalah ini tidak ketinggalan menyediakan pelbagai program istimewa khusus untuk pembaca seperti Bengkel Penulisan, sambutan ulang tahun REMAJA dan sebagainya. Jadi, jangan ketinggalan untuk menyertai aktiviti dan program sebegini kerana secara tidak langsung kamu boleh menambah lebih ramai kenalan baru dalam lingkungan sosial harian kamu. Beraktivitilah sambil bersosial!

Kembali terjalin...





Bagi kebanyakan individu kehadiran sahabat boleh dianggap sebagai tempat terbaik untuk seseorang itu mencurahkan perasaan, saling berkongsi rahsia, harapan dan kesedihan. Sayangnya, kesibukan kerja dan rutin harian menyebabkan kita sering terputus hubungan dengan sahabat lama. Apa khabar mereka sekarang? Adakah mereka masih boleh dijadikan sebagai tempat terbaik untuk mencurah rasa? Tidak sabar rasanya untuk mengembalikan hubungan persahabatan yang pernah terputus? Tunggu...! Kerana ada beberapa perkara yang perlu kamu ambil kira sebelum mengambil keputusan untuk menjalin perhubungan dengan sahabat lama itu:

  1. Ikatan persahabatan kamu dengannya mungkin boleh berubah. Kamu perlu sedar bahawa setiap manusia pasti akan berubah dari hari ke hari. Tidak mustahil sahabat yang kamu kenali dahulu tidak sama seperti dahulu lagi!
  2. Fikirkan cara terbaik bagaimana hubungan persahabatan kamu dengan sahabat itu boleh dijalin semula.
  3. Jangan terlalu yakin semuanya akan kembali seperti sedia kala. Lakukan secara berperingkat. Dan kamu masih perlu berusaha untuk mengembalikan semula kepercayaan seorang sahabat. 
  4. Jika kamu pernah melakukan kesalahan pada suatu ketika dahulu sehingga hubungan persahabatan kamu terputus, jangan ragu-ragu untuk terus meminta maaf dan jelaskan tentang kedudukan yang sebenarnya kepada sahabat.
  5. Perkara yang paling sukar adalah sewaktu kamu cuba menghubungi sahabat untuk pertama kalinya. Bila telah mula berhubung semula, lama kelamaan kebekuan yang suatu ketika dahulu pernah menyaluti hubungan persahabatan itu boleh mencair. Tidak mustahil kamu boleh mendapatkan sahabat kamu itu semula!


#saya sayang sahabat-sahabat saya#

Sunday 29 January 2012

1... Janggal, 2... Statik, 3... Enjoy!

"ISH...mana boleh ambil gambar bertiga! Tak baik tau..." Mungkin kamu sering mendengar tentang mitos negatif tentang angka tiga ini. Ramai beranggapan jika sekumpulan rakan merakamkan gambar bertiga...malang akan menimpa kepada salah seorang dari mereka. Adakah kenyataan ini benar? Lantaran itu, ramai pula yang mengelak untuk bersahabat bertiga.

Memang benar bahawa ramai yang beranggapan bahawa nombor tiga adalah nombor tragik! Hakikatnya ia tidak benar sama sekali. Cuba bayangkan jika situasi ini berlaku ke atas diri kamu; Kamu mendapat jemputan untuk hadir ke satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh rakan sekerja atau sekelas denganmu. Pada waktu itu kamu hanya memiliki seorang sahabat sahaja. Secara kebetulan pula sahabat kamu itu tidak dapat menemani kamu ke majlis makan malam itu kerana ada urusan keluarga yang harus diselesaikannya. Ha...bila situasi ini berlaku sudah tentu kamu jadi malas untuk menghadiri majlis tersebut. Jika kamu pergi pun, sudah tentu kamu akan berasa janggal dan idak selesa kerana tiada teman yang berdampingan dengan kamu. Lebih-lebih lagi apabila rakan sekerja atau sekelas kamu itu tidak begitu rapat dengan kamu sebelum ini. Situasi ini nyata boleh berubah jika kamu memiliki lebih dari seorang pilihan sahabat. Gambaran dari situasi tersebut turut membuktikan bahawa kehidupan nyata akan jadi lebih meriah jika kamu memiliki lebih dari seorang sahabat dalam satu masa.

Prinsip Persahabatan
Jangan pengaruhi minda kamu dengan pemikiran negatif! Mungkin ramai yang beranggapan bahawa dengan memiliki lebih dari seorang sahabat dalam satu masa ia boleh mendatangkan masalah. Maklumlah, banyak kepala...banyak pula kerenahnya nanti. Tidak! Kenyataan tersebut tidak benar sama sekali. Pokok pangkalnya ia terpulang kepada individu itu sendiri. Jika kamu berpegang dengan prinsip-prinsip persahabatan, sudah tentu segala masalah dapat kamu tangani dengan sekelip mata.

Tidak susah untuk kamu menjalin hubungan persahabatan dengan dua undividu lain dalam satu masa. Berikut disertakan situasi dan jalan penyelesaian yang boleh kamu ambil begi memastikan hubungan 'kumpulan persahabatan' kamu itu berhasil;
Saling bertolak ansur antara dua sahabat kamu itu sahaja tanpa perlu merisaukan atau menyakitkan perasaan sahabat yang seorang lagi.



Penyelesaiannya
Luangkan masa secara adil dengan kedua-dua sahabat kamu itu terlebih dahulu. Tidak salah jika kamu berhasrat untuk meluangkan masa dengan salah seorang dari mereka. Namun sebaik-baiknya lakukanlah ia secara berselang-seli agar sahabat kamu yang seorang lagi tidak merasa seperti terpinggir. Jika minggu ini kamu memilih untuk keluar bersama sahabat X, pastikan pada minggu berikutnya kamu luangkan masa untuk keluar dengan sahabat Y pula. Langkah kedua, biasakan untuk berkongsi keriangan bersama-sama. Sebagai contoh; kamu boleh meraikan hari-hari istimewa sahabat seperti hari lahir dan sebagainya secara peribadi dengan sahabat tersebut.

Raikan hari istimewa itu dengan kegemaran masing-masing. Jika sahabat X gemar menonton konsert, ajaklah si sahabat itu menonton konsert bersama-sama dengan kamu sewaktu hari jadinya. Manakala jika sahabat Y itu pula gemar melakukan aktiviti rekreasi seperti berkayak atau berkelah, peruntukan satu hari istimewa khusus untuk kamu dengan si sahabat itu saling berkongsi minat bersama. Ha...mudahkan! Jika dari awal kamu mewujudkan suasana yang sedemikian, sudah tentu tiada mana-mana pihak yang akan berkecil hati kerana masing-masing tahu hak dan keistimewaan antara satu sama lain.

Bergilir-gilir
Situasi: Sahabat-sahabat kamu memiliki perancangan yang berbeza-beza dalam satu malam. Masalahnya, pula, kedua-dua sahabat kamu itu sangat mengharapkan kehadiran kamu. Kamu buntu untuk membuat pilihan dan sukar untuk membuat keputusan pada waktu itu.

Penyelesaiannya
Bahagikan masa kamu. Jika salah seorang dari sahabat kamu itu meminta kamu menemaninya untuk keluar bersama seorang jejaka yang baru dikenalinya manakala yang seorang lagi pula mengajaj kamu untuk ke satu jamuan...kamu boleh memenuhi kedua-dua jemputan itu. Mula-mula kamu peruntukan sedikit masa untuk keluar makan bersama dengan sahabat beserta teman barunya itu. Setelah bersuai kenal untuk seketika, kamu boleh meminta diri untuk pergi ke jemputan sahabat yang kedua itu pula. Katakan pada sahabat pertama itu bahawa kamu perlu mengundur diri bagi memberi laluan kepada mereka untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Sebelum berpisah, jangan lupa menyuarakan hasrat kamu agar boleh keluar bersama-sama lagi di lain kali! Ha... Jadi, tiada masalah lagi kan?

Terima Perubahan
Situasi: Kamu memiliki dua sahabat iaitu sahabat X dan Y. Suatu hari kamu seolah-olah dapat menghidu seperti wujudnya kepincangan di dalam hubungan persahabatan itu. Si X bersikap dingin terhadap Y. Malah, sahabat X juga sering mengajak kamu keluar bersama-sama dengannya dan terus mengetepikan sahabat yang seorang lagi itu. apakah tindakan yang perlu kamu ambil?

Penyelesaiannya
Walaupun situasi ini boleh dianggap seperti agak berat sebelah dan sukar untuk kamu masuk campur, namun kamu perlu berkata jujur dengan sahabat kamu itu. Tanya pada si X kenapa dia perlu bersikap sedemikian sehingga perlu mengetepikan persahabatannya dengan si Y. Jika si X tidak mempunyai alasan yang kukuh kenapa dia bersikap sedemikian, kamu boleh menasihati si X agar cuba mengubah sikapnya itu. Mungkin si X tidak mahu berkongsi ikatan persahabatannya dengan kamu bersama orang lain. Namun perkara itu tidak perlu kamu ambil kira untuk dijadikan isu. Sebaliknya kamu boleh meneruskan persahabatan itu secara bertiga. Dan jangan abaikan kedua-dua sahabat itu dalam apa jua perancangan kamu. Pada masa yang sama kamu juga boleh cuba memperbaiki keadaan! Kesimpulannya, tidak sukar untuk menjalinkan hubungan persahabatn walau seramai mana pun kumpulan sahabat kamu itu! Yang penting, kamu dan para sahabat perlulah saling bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Berikut diberikan tip dan panduan yang boleh kamu jadikan sebagai etika dalam usaha memelihara ikatan persahabatan yang terjalin secara berkumpulan itu agar kekal aman dan bebas dari persengketaan!
  1. Keterbukaan
    Bila memiliki sahabat lebih dari seorang, sudah tentu kamu perlu bersikap terbuka dalam menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lantaran itu, kamu tidak boleh cepat melatah atau melenting bila ada salah seorang dari mereka seolah-olah mengetepikan kamu dalam satu-satu perkara yang sedang dilakukannya. Mungkin si sahabat ada alasan tersendiri, mengapa dia harus bersikap sedemikian. Apa yang paling penting, kamu perlu sentiasa berfikiran positif dan bersikap terbuka!
  2. Berkorban dan Berkongsi
    Sikap suka berkorban dan sedia berkongsi adalah faktor yang mampu mendorong mengukuhkan lagi sesebuah persahabatan yang terjalin itu. Mungkin salah seorang dari sahabat-sahabat kamu itu gemar memilih kamu untuk dijadikan sebagai tempat yang paling selesa bagi dirinya meluahkan rintihan perasaan. Tak kira sama ada luahan suka mahupun duka. Sebagai sahabat, kamu perlu bijak menjaga rahsia peribadi si sahabat itu. Sentiasalah bersikap amanah dalam menyimpan rahsia. Jangan suka menyampainya kepada sahabat-sahabat yang lain kerana ia boleh merosakkan diri kamu sendiri.
  3. Sepakat
    Dalam persahabatan, masing-masing perlulah sedia menerima dan mendengar nasihat serta pendangan yang diberikan antara satu sama lain. Setiap kali berhasrat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkumpulan, pastikan kamu dan sahabat-sahabat yang lain saling berbincang. Jalinkanlah hubungan itu dengan penuh kesepakatan dan persefahaman.
  4. Jujur
    Tak kira walau dalam apa jua keadaan setiap individu perlu memiliki sikap jujur. Kita perlu jujur pada diri sendiri, jujur pada perlakuan serta jujur pada persekitaran. Di dalam persahabatan, kejujuran mampu memberi pengaruh yang cukup besar. Luahkan pendapat dan pandangan kamu kepada para sahabat secara jujur dan terbuka.
  5. Hormat Menghormati
    Hormati hak dan kehidupan peribadi sahabat-sahabat kamu itu. Tidak salah jika kamu memberi peluang kepada sahabat-sahabat untuk bersendiri. Kaedah ini juga dikatakan berkesan untuk menangani masalah jemu! Secara tidak langsung, kamu juga akan memperoleh kebebasan untuk berdampingan dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang sekatan.


Anti Gosip
Jadi mangsa gosip sudah tentu bakal menyakitkan jiwa kamu! Elak perkara-perkara berikut jika kamu ingin mengelak dari diri sendiri dijadikan mangsa gosip oleh rakan-rakan sekeliling!


  • Penampilan 'over'
    Jangan berpakaian terlalu 'over' atau seksi bagi mengelak diri sendiri menjadi buah mulut orang. Jangan jadikan diri kamu sebagai pusat perhatian umum!
  • Penggoda sejati
    Mungkin rakan-rakan sekerja kamu boleh dikatakan sesuai dijadikan 'steady boyfriend' tapi jangan nampakkan sangat yang kamu terhegeh-hegeh atau mengada-ngada kerana ada mata-mata yang sedang memerhatikan kamu.
  • Berkongsi cerita
    Berhasrat untuk berkongsi rintihan perasaan dengan rakan-rakan sekerja? Berhati-hati dalam mencari sahabat yang paling sesuai untuk berkongsi rahsia itu agar cerita peribadi kamu itu akan terus terpelihara!
  • Kaki kipas
    Akrab dengan bos kesempatan yang sangat baik. Tapi jangan sampai terdengar suara sumbang tentang keakraban kamu itu!
  • Banyak perangai
    Nama kamu sering disebut-sebut oleh orang-orang sekeliling kerana kamu terkenal dengan sikap 'over' ramahmu itu. Jadi lebih baik kamu lebih berhati-hati dalam pergaulan dan jaga tingkah laku bagi memastikan dii kamu tidak terus dijadikan sebagai mangsa keadaan!
#saya sayang sahabat-sahabat saya#

Thursday 19 January 2012

Sahabat Susah & Senang..Sanggupkah Kamu?

KAWAN, teman, sahabat, member mahupun geng mudah dicari. Namun sejauh mana kejujuran yang diterima selama kamu menjalinkan persahabatan dengan sahabatmu itu? Setakat mana kasih sayangnya dan terapan nilai persahabatnnya pada kamu?

Bukan mahu dilayani seperti permaisuri atau raja, tetapi sebagai individu yang bergelar sahabat, pastinya si dia akan sedaya upaya untuk menjadi insan yang paling rapat dan bertanggungjawab pada kamu dan begitu juga sebaliknya.

Sahabat sejati ialah seorang sahabat yang boleh berkongsi apa saja. Bukan hanya boleh bercerita tentang perkara yang indah-indah sahaja, tetapi juga boleh mendengar apa saja masalah yang berlaku pada diri kita. Kepercayaan dan kesetiaan dalam bersahabat adalah elemen yang paling penting dalam merealisasikan harapan untuk membawa sebuah persahabatan itu ke arah yang lebih baik dan tulus. Persahabatan yang berkekalan akan membawa kepada kesejahteraan dalam bersosial. Sebagai remaja yang periang seperti kamu, pastinya kehadiran sahabat adalah suatu hal yang boleh membuatkan diri kamu teruja!

Jadi cuba luangkan sedikit masa dan intai beberapa situasi di bawah. Setiap situasi yang berlaku boleh saja terjadi pada dirimu ataupun sesiapa saja. Melaluinya kamu boleh menilai di manakah dirimu dalam bersahabat...

SITUASI 1
Putus Cinta
Sahabatmu baru sahaja putus cinta. Jadi tidak hairanlah jika perangainya semacam ada yang tidak kena. Bukan itu sahaja, kamu juga menjadi sasarannya untuk dia meluahkan apa yang telah berlaku di antara dia dengan bekas kekasihnya. Dia mengadu segalanya, memburuk-burukkan bekas kekasih, bercerita hal yang bukan-bukan (misalnya tak mahu meneruskan hidup lagi, tak akan mencari pengganti, biar membujang sampai ke tua) dan sebagainya. Mungkin adakalanya dia bercerita perihal apa yang berlaku itu berulang-ulang kali hingga kamu pun sudah boleh menghafalnya bait-bait katanya. Apa yang diberitahunya itu membuatkan kamu berasa bosan dan muak. Pada pandanganmu, bukan dia saja yang pernah putus cinta. Jadi kamu hanya mendengar sahaja luahannya tanpa berbuat apa-apa.



Sahabat Susah & Senang
Sebagai seorang sahabat sejati, kamu sebolehnya akan cuba untuk membuatnya lebih tenang menghadapi realiti ini. Di saat emosinya yang terganggu ini, sudah tentu reaksinya akan sedikit menjengkelkan. Mungkin ada saja perkara yang kamu kurang senang dengannya. Namun kamu perlu faham, sahabatmu juga mempunyai perasaan sedih, sama saja seperti kamu. Oleh itu, cuba untuk menghiburkan hatinya yang sedang kusut itu. Cari jalan untuk membuatkan si dia tenang. Contohnya luangkan masa dengannya seperti keluar bercuti untuk beberapa hari, berhibur dengannya dan juga berkongsi hobi. Tidak salah andai kamu menemaninya melukis jika itu menjadi hobinya dan juga sebagai satu terapi untuknya bagi melupakan perasaan kecewanya itu. Pendek kata, cuba untuk menjadi teman kepada sahabatmu itu. Di saat ini tentunya teman terdekat sepertimu adalah insan yang paling diharapkannya untuk merungkaikan kekecewaannya.



SITUASI 2
Menghadapi Peperiksaan
Final exam semakin hampir! Segala persiapan sebelum menghadapi peperiksaan akhir perlu kamu segerakan. Kamu begitu sibuk mengulang kaji pelajaran, berkunjung ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan, membuat study group dan sebagainya. Tetapi, kamu lupa untuk mempelawa sahabat baikmu untuk turut sama menelaah pelajaran. Kononnya kamu mahukan privasi untuk belajar. Malah apa yang lebih menyedihkan, sahabatmu itu kelihatan terkontang-kanting belajar secara sendirian. Kamu tidak langsung mempelawanya kerana kamu hanya beranggapan bahawa sahabat 'hanya boleh digunakan' di waktu lapang sahaja. Bila tiba masa exam, masing-masing cuba buat hal sendiri. Yang penting, kamu lulus cemerlang dalam peperiksaan nanti. Bukan sahabatmu yang memberi markah.

Sahabat Susah & Senang
Dalam apa keadaan sekalipun, memang penting bagi kamu untuk bertindak dengan betul.Jika dilihat pada senario di atas, kamu hanya pentingkan diri sendiri sahaja. Kamu dilihat tidak mempedulikan orang lain dan hanya berkawan untuk suka-suka sahaja. Hal ini pastinya membuatkan sahabatmu berasa dirinya tersisih. Hanya diperlukan sewaktu kamu ingin bersenang-senang. Oleh tiu, sebagai sahabat, mempelawanya untuk turut sama dalam aktiviti belajar kamu adalah langkah paling wajar. Mungkin dia mengharapkan kamu untuk mempelawanya. Dia hanya menunggu 'lampu hijau' dari kamu. Mungkin juga dia segan untuk menawarkan dirinya sendiri. Jadi tidak salah jika kamu yang memulakan bicara. Bertolak ansur adalah cara yang terbaik bukan? Apatah lagi dalam soal mengulang kaji pelajaran.



SITUASI 3
Ingin Berhutang
Sewaktu kamu menonton siri Desperate Housewives di rumah, sahabatmu telah bercerita tentang dirinya yang tengah 'kering'. Wang sakunya semakin susut kerana membayar hutang. Kamu sudah tahu apakah 'tujuan' sebenarnya membuka bicara tentang sinopsis cerita, menukar topik perbualan dan sebagainya. Macam-macam helah cuba kamu berikan. Akhirnya, sahabatmu melupakan hasratnya untuk meneruskan perbualan. Manakala kamu pula tentunya berasa lega kerana wang kamu 'selamat' sekurang-kurangnya, rakanmu itu tidak berhutang dengan kamu.

Sahabat Susah & Senang
Aduh, buruk benar perangai kamu! Terserlah sangat sifatmu yang mementingkan diri sendiri. Jangan begitu, sebaiknya cuba kamu dengar dulu apa yang ingin dikatakannya dan jika boleh jangan keberatan untuk membantu menyelesaikan kekusutannya. Apabila suatu masalah itu melibatkan wang, sudah pasti ia merupakan suatu masalah yang besar. Apatah lagi jika kamu masih belajar. Dalam situasi ini, kamu perlu mendengar terlebih dahulu dan menilai sejauh mana kebenaran dan masalah yang dia hadapi. Bukan mahu memaksa kamu untuk memberi wang kepadanya, tetapi dalam bersahabat, tidak salah jika kita menolong sekadar yang termampu. Selain itu, jika kamu tidak boleh menolongnya dari segi kewangan, apa kata kamu cuba memberi motivasi kepadanya dan cuba untuk meringankan beban yang dihadapi. Misalnya, mengajarnya untuk berjimat, menabung dan sebagainya. Lebih kukuh ikatan persahabatan itu seandainya kamu tahu untuk mengawal masalah rakanmu yang lain. Malah, ia juga membuktikan bahawa kamu adalah rakannya sama ada di waktu senang ataupun susah. Penyelesaian yang terbaik akan membawa kepada hubungan persahabatan berkekalan buat selama-lamanya.



#saya sayang sahabat-sahabat saya#/

Wednesday 18 January 2012

Berteman dan Sekepala Enjoy

BERKAWAN memang seronok apatah lagi dalam usia remaja sebegini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama-sama. Sebagai sahabat kamu perlu saling memberi semangat dan perangsang di antara satu sama lain.

Khususnya bila ada salah seorang dari sahabat kamu itu sedang berada dalam kesusahan atau kesedihan. Untuk membangkitkan kelainan dalam persahabatan kamu boleh cuba ilhamkan sebuah diari istimewa khusus untuk menjadi tempat curahan rasa antara kamu dengan sahabat-sahabat yang lain. Kongsi diari itu bersama-sama dan bergilir-gilir menyimpannya. Pasti kamu dan sahabat akan lebih saling mengenali dan mendalami perasaan antara satu sama lain.

Di dalam diari tersebut kamu dan sahabat-sahabat perlu mengilhamkan satu prinsip atau visi persahabatan yang menjadi lambang keteguhan kepada ikatan persahabatan kamu itu. Sebagai contoh;

  • Berjanji untuk selalu menikmati kehidupan walaupun sedang berhadapan dengan apa jua masalah.
  • Dilarang untuk mengata sahabat di belakang.
  • Berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain. Berjanji untuk tidak melupakan sahabat meskipun sudah memiliki kekasih.
  • Buat perjanjian secara rasmi antara kamu dan sahabat berdasarkan prinsip-prinsip yang tertera di dalam diari tersebut.
Time capsule!
Tiada istilah lupa kawan dalam lingkungan persahabatan kamu! Untuk memastikan kamu dan sahabat-sahabat lain saling mengingati antara satu sama lain, wujudkan 'time capsule' antara kamu. Sediakan sebuah kotak yang diisi dengan pelbagai barang kenangan antara kamu dengan sahabat. Contohnya; gambar, diari, surat perjanjian dan lain-lain barang kenangan yang berkaitan dengan kamu dan sahabat. Simpan di satu tempat tersembunyi. Buat perjanjian untuk sama-sama berkumpul di tempat persembunyian barang tersebut dalam satu jangka waktu tertentu seperti 10 atau 15 tahun akan datang. Buka 'time capsule' itu bersama-sama. Pasti kamu dan sahabat merasa teruja dan terharu bila mengimbau kembali memori barang-barang yang kamu simpan itu!

Variasikan aktiviti
Setiap kali kamu meluangkan masa bersama sahabat, aktiviti lazim yang akan kamu lakukan ialah menonton wayang, makan bersama, window shopping dan lain-lain aktiviti biasa yang membosankan! Sesekali apa kata kamu ubah corak aktiviti kamu dengan sahabat dengan mempelbagaikan aktiviti seperti;
  • Mengilhamkan sepasang rekaan baju yang dihasilkan dengan kerjasama antara kamu dan sahabat-sahabat. Masing-masing perlu berkongsi idea untuk menghasilkan baju tersebut. Nyata, hasilnya nanti boleh dijadikan kenangan paling bermakna dalam kehidupan kamu dan sahabatmu. Memandang bajet tidak mencukupi untuk kamu dan sahabat membeli kesemua baju kegemaran yang diidam-idamkan, apa kata kamu ambil peluang unruk mencuba sahaja baju yang kamu gemari itu di dalam bilik persalinan di mana-mana butik yang kamu kunjungi itu! Semasa mencuba, jangan ketinggalan untuk merakamkan gambar sewaktu kamu menggayakan baju tersebut. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Ha...pasti seronokkan bila memiliki koleksi foto dengan memperagakan pelbagai rekaan pakaian yang kamu gemari! Semua itu boleh dijadikan memori tau.
  • Jom berkaraoke! Ajak sahabatmu menari, menyanyi dan berseronok sepuas-puasnya dengan berkaraoke. Aktiviti sebegini pasti boleh mengendurkan ketegangan yang mungkin sedang kamu alami. Bila berada di dalam lingkungan sahabat sahaja, apa jua perkara boleh kamu lakukan bersama-sama tanpa rasa malu. Tidak perlu bimbang jika kamu tidak pandai menyanyi. Yang penting kamu enjoy! Untuk memberikan impak yang lebih menarik dan menyeronokkan, apa kata kamu dan sahabat memperagakan pakaian dan penampilan ala selebriti atau penyanyi kegemaran masing-masing. Kemudian menyanyilah lagu-lagu nyanyian mereka! Ha...sudah tentu seronok kan!
  • Sesekali ubah penampilan seronok juga! Ajak sahabat-sahabat mengumpul aksesori dan alatan solek bersama-sama. Kemudian berdandanlah sepuas-puasnya. Kamu juga boleh saling bantu-membantu antara satu sama lain. Seperti; memakaikan creambath kepada sahabat, menyolekkan sahabat atau kamu dan sahabat juga boleh saling membantu melakukan manicure dan pedicure antara satu sama lain. Setelah penampilan masing-masing 100% sempurna, pergilah ke mana-mana tempat yang kamu suka bersama!
  • Zaman sekarang, teknologi ada di mana-mana. Jadi, gunakan teknologi yang ada itu untuk kepentingan kamu dan sahabat bersama-sama. Contohnya, jika kamu memiliki 'handycam' apa kata kamu rakamkan seluruh aktiviti kamu dengan sahabat sepanjang hari. Inilah peluang untuk kamu dan sahabat berlakon dan mengasah bakat terpendam masing-masing. Pastikan ke mana sahaja kamu pergi dan walau apa jua yang kamu lakukan, dirakamkan dalam 'handycam' tersebut. Suatu hari nanti, rakaman itu pasti bakal menyentuh perasaan kamu.


#saya sayang sahabat-sahabat saya#

Pemikiran dan Tamadun Islam

assalamualaikum...

tajuk entry bieha nie tentang presentation CTU151.
baru saja beberapa minit bieha buat pembentangan dalam group.(nampak di situ ketidakjujuran saya..shhh!! jangan bising, nanti kantoi, habis lah..huhu..) Wah,, nervous nye tak terkata sampai tahap mana..tapi alhamdulillah, bieha boleh control. 

First time kot, bieha kena gelakkan orang..hahaha... Sebab apa??sebab....masa bieha present, ustazah tanya.."boleh tak awak bentangkan tajuk awak ni dengan perasaan??" habis satu dewan gelak.. bieha pun ikut gelak je lah..hehe.. bieha kata apa??"saya memang takde perasaan..ttettt..." kah3~ tak tahu lah ada orang dengar tak apa yang bieha kata tuh..huhu..

ok, sampai di sini saja..hope bieha dapat perbaikinya dengan lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah... Last, syukran jazilan ya Ustazah Rohayu wa ashabu.. =)
posted at LT1, IPB.

#saya sayang sahabat-sahabat saya#

Monday 9 January 2012

Kuasa Persahabatan Lelaki VS Perempuan

BERFIKIRLAH secara positif dan percaya pada hakikat persahabatan yang sebenar. Itulah antara prinsip dan etika persahabatan yang harus dititikberatkan dalam pergaulan seharian. Mengapa perlu mengelak atau memandang serong terhadap hubungan persahabatan berbeza jantina. Baik lelaki mahupun perempuan, sesiapa sahaja berhak dan boleh menjadi teman kamu. Pokok pangkalnya, tepuklah dada dan tanya selera. Kerana kamu sendiri yang tahu menilai sejauh mana berhasilnya sesebuah hubungan persahabatan yang terjalin itu. 

Pasangan memahami 
Seperti kisah persahabatan yang dilalui oleh dua sahabat, Nadia dan Imran ini. Persahabatan mereka kini telah menjangkau usia enam tahun. sepanjang tempoh bersahabat, masing-masing bijak menyemai perasaan kasih sayang antara satu sama lain tanpa melanggar etika persahabatan. Biarpun pada awalnya ada rakan-rakan yang gemar mengusik dan mempersendakan hubungan persahabatan mereka itu. Namun sedikitpun ia tidak menjejaskan hubungan persahabatan mereka.

Lebih istimewa
Nadia mahupun Imran masing-masing memiliki teman istimewa sendiri. Secara tidak langsung hubungan persahabatan mereka jadi semakin berkembang dan semakin akrab kerana teman lelaki Nadia dan teman wanita Imran turut sama menghargai hubungan persahabatan antara Nadia dan Imran yang memang telah sedia terjalin itu.
Hakikatnya, hubungan persahabatan itu biasa terjalin atas dasar saling mempercayai dan saling memahami antara satu sama lain. Begitu juga bila menyentuh soal cinta. Jika pasangan dapat menerima kehadiran sahabat di sisi kamu, nyata hubungan persahabatan dan cinta itu sama-sama berkembang mekar tanpa menjejaskan hubungan mana-mana pihak.

Kejujuran
Sahabat yang berlawanan jantina ini perlu diketahui dan diperkenalkan kepada pasangan masing-masing. Ini perlu bagi mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Sahabat berlawanan jantina juga sememangnya banyak membantu khususnya sewaktu hubungan kamu dengan si dia sedang dilanda masalah. Sekurang-kurangnya kamu ada tempat untuk berkongsi rasa dan si sahabat juga boleh membantu kamu dengan cara memberi pandangan dan pendapatnya. Jadikan sahabat sebagai individu yang dapat membantu kamu memecahkan masalah dan bukan untuk bergantung. Sebaiknya, carilah sahabat lain yang boleh kamu percayai agar kamu boleh memilih mana-mana pihak yang bersesuaian untuk mendengar masalah yang sedang kamu hadapi.


Etika
Untuk memastikan hubungan kamu itu benar-benar berjaya, sebaik-baiknya kamu harus berpegang teguh pada batas dan etika pergaulan dalam persahabatan. Sebagai langkah keselamatan sekali gus menjaga hati pasangan agar tidak berperasaan curiga terhadap hubungan akrab antara kamu dengan sahabat, kamu perlu sentiasa bersikap berterus terang. Sebaik-baiknya, libatkan pasangan kamu dalam setiap perbincangan dan perkara yang ingin kamu bincangkan bersama sahabat agar si dia tidak rasa disisih atau diabaikan.

Berkongsi
Setiap kali kamu dilanda masalah, jangan pula kamu terus mencari sahabat sebagai rujukan. Sebaliknya, kamu perlu terlebih dahulu merujuk setiap permasalahan yang kamu alami itu dengan pasangan. Namun jika tidak dapat mengelak atau kamu rasakan si sahabat lebih memahami dan kamu masih perlukan pandangan sahabat, sebaiknya kamu jadikan sahabat itu sebagai rujukan kedua. Untuk mengambil hati pasangan, kongsi masalah yang membebani kamu itu dengan pasangan terlebih dahulu. Setelah pasangan selesai memberi pandangannya barulah kamu boleh bertanyakan pendapat si sahabat pula. Pun begitu jangan pula kamu membanding-bandingkan pendapat atau pandangan yang diberikan oleh sahabat dengan kekasih kamu itu. Kerana cara ini boleh mendatangkan masalah di dalam perhubungan kamu kelak. 

Berhati-hati
Tahukah kamu bahawa hubungan persahabatan yang memiliki perasaan 'istimewa' nyata boleh dikesan sejak dari awal perhubungan lagi. Individu yang memiliki rasa 'sayang' kepada sahabatnya boleh dikesan kelainannya menerusi gerak-gerinya, cara dia memandang, kata-kata yang dilafazkan dan sedikit sebanyak individu ini akan menunjukkan sikap yang terlalu berharap terhadap sahabat. Jadi, kamu harus memperbetulkan niat dan matlamat kamu dalam persahabatan. Jangan ambil kesempatan di atas kebaikan sahabat kamu itu! Sebaliknya, peliharalah hubungan itu agar kekal mekar sebagai sahabat sejati. 
Adakalanya kamu juga perlu menjaga hak peribadi masing-masing. Jangan terlalu sibuk dengan masalah sahabat sehinggakan sahabat rasa naik rimas dengan kehadiran kamu di saat dia inginkan waktu untuk bersendirian. Kamu juga tidak perlu menetapkan rutin harian untuk bertemu sahabat. Sebaliknya, kamu boleh menemui sahabat di saat masing-masing memerlukan teman untuk berbual atau berkongsi aktiviti bersama. Malah, kamu harus sedar bahawa tidak semua hal boleh diceritakan antara satu sama lain.

Batas
Ada antara topik-topik tertentu tentang perempuan yang boleh dibawa berbincang dengan sahabat lelaki. Khususnya yang melibatkan perkara-perkara yang bersifat terlalu peribadi.
Namun ada juga perkara yang boleh menimbulkan rasa sakit hati bila dibawa berbincang. Boleh jadi juga si sahabat merasakan sesuatu perkara itu agak remeh untuk diajak berbincang atau dibualkan. Sebaiknya, kamu dan sahabat perlu mengelak dari timbulnya persoalan sedemikian. Sifat keterbukaan dan saling menerima kekurangan masing-masing adalah perlu dalam usaha meneruskan hubungan persahabatan.
Dalam situasi ini kejujuran memainkan peranan penting agar kamu tidak terlalu bergantung dengannya serta tidak menganggu hubungan kamu dengan si dia. Lantaran itu batasan-batasan ini perlu digariskan dengan sebaik mungkin serta akan memastikan kamu tidak terjerat dengan mainan perasaan di kemudian hari.


#saya sayang sahabat-sahabat saya#

Friday 6 January 2012

SANAKHALWA YA HABIBI... =)

Assalamualaikum...
okey..bieha nak buat post kali ni khas untuk dia..hehe..dia tu siapa??erm,, entah la yek.. siapa yang lahir pada tarikh 6 Januari nih??huhu.. before that, bieha nak dedicate video ini untuk dia..hayatilah..tett... ^_^





SELAMAT HARI LAHIR, SAHABATKU..!!


ha..dah tengok?? best tak??hehe.. yelah, bieha nak beritahu ni.. orangnya baik sangat..pada siapa2 yang baru first time jumpa dia, mesti cakap dia ni koya.. ha??!koya tu apa?? em....entah lah..bieha pun tak tahu..hua3... koya tu maksudnya berlagak..bak kata orang ganu..hee.. ya..seriously, bieha kata,, first time tengok dia, nampak macam sombong..tapi tak pun..memang perwatakan dia macam tu..dia baik..suka lah tengok perwatakan dia nih..dia lembut jugak orangnya..hurm. I LOVE HER SO MUCH!! muahx3..!!ha3...







lorh, siapa pulak nih??
hmm...nampak familiar tak?? 
siapa??
awak kenal dia??
kawan awak ke?? 
ish..mana boleh..dia kawan saya seorang sahaja...!! haha...
urm, just joking..hihi..






erm,, ce teka..ni ke orangnya??
ye..betul lah..sama je dengan yang tadi..cuma tak pakai spect..
eh, siapa nama dia yek?? dari tadi lagi menuggu..huhu..
sory,,sory,,sory,, hee..
bieha sengaja tak nak beritahu awal2..
ok,, nama dia...
ADIBAH BINTI AB RAHIM
haa...dah puas hati??
ish..belum lagi?? apa lagi yang kamu mahu si..??
kawan awak jugak??
kan saya dah inform..dia kawan saya seorang SAHAJA...!!
mana boleh suka2 je nak ambil dia daripada saya..haha..


um,, it's okay laa..
bagi siapa2 yang mahu berkenalan dengan dia, inform me first..huhu..
by the way, dia sudah berpunya ye..
jangan nak kacau dia pulak..nanti kena marah dengan bieha, baru tahu..hihi





cantik tak dia?? eh, of course lah..
tengok lah siapa kawan dia..
bieha jugak..hik3~ (perasan lak) APTB!haha
ok, Allah menciptakan semua makhluknya dengan sempurna..sama sahaja antara kita semua..betul tak, sahabat2ku sekalian??hihi 


that's all..bieha tak nak memanjangkan lagi post yang sudah panjang ni..hihu.. lastly, bieha doakan dia semoga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia selalu di samping orang tersayang. semoga dikurniakan suami yang soleh dan zuriat yang soleh solehah..dan hidupmu sentiasa diberkati Allah, insyaAllah, amin~
mohon ampun dan maaf juga kerana tiada hadiah hendak diberi..hanya ucapan dan doa sahaja yang mampu bieha kirimkan, sahabatku.. 


#saya sayang sahabat-sahabat saya#

Thursday 5 January 2012

Let's Be Friends

TAHUKAH kamu bahawa lebih ramai kawan yang kamu ada, lebih meriah kehidupan kamu?? Terapi persahabatan boleh membantu meningkatkan tahap keceriaan emosi kamu! Jadi tidak salah jika kamu belajar dan mengetahui rahsia memiliki lebih ramai kawan dari sehari ke sehari. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa ramai kawan boleh menimbulkan banyak masalah kerana setiap manusia tidak sama antara satu sama lain. Jika kamu bijak membawa diri dan sentiasa berfikiran positif dalam melayari sesebuah hubungan persahabatan, tiada masalah yang bakal kamu hadapi. Jadi, untuk memulakan persahabatan itu kamu perlulah:

Murah senyuman
Ingin berjaya dalam apa jua perkara yang kamu lakukan? Ternyata ia tidaklah sesukar seperti yang kamu bayangkan. Ketika kamu bertemu pertama kali dengan seseorang, sebaiknya kamu perlu menyebut nama rakan kamu itu dan katakan kepadanya bahawa kamu gembira bertemu dengannya. Jangan teragak-agak untuk bersalaman dengannya sambil memberikan senyuman yang ikhlas. Dengan senyuman kamu boleh merebut hati seseorang. Malah individu yang kamu tegur itu juga akan turut berfikiran positif terhadap diri kamu.



*murah senyuman hulur sedekah. marilah kita beramal bersama*




Jaga penampilan dan kontak mata
Selain itu, penampilan juga memainkan peranan yang besar dalam pergaulan. Pamerkan postur tubuh yang baik, ternyata ia boleh membangkitkan rasa yakin dalam diri kamu. sewaktu berkomunikasi. Ketika berkomunikasi, jaga kontak mata kerana ia boleh membuktikan rasa yakin terhadap pengetahuan kamu mengenai sesuatu perkara yang sedang kamu bualkan itu. Di dalam perbualan, jika kamu saling bertentang mata di antara satu sama lain ia membuktikan kamu berjaya memperoleh kepercayaan dari individu lawan bicara kamu itu. 

Menjadi pendengar yang baik
Sebaiknya, belajarlah untuk mendengar pandangan dan pendapat orang lain. Dengan cara ini kamu boleh memahami kehendak dan keinginan orang lain. Secara tidak langsung, kamu juga dapat mempelajari sifat dan karakternya. Bersopanlah dalam perhubungan dan bersahabatlah sehingga rakan-rakan boleh merasakan bahawa kamu menyambut baik kehadiran mereka.

*hEaring is bEliEving ^_@*


#saya sayang sahabat-sahabat saya#

Jadi Sahabat Terbaik

Bila kamu ingin memiliki sahabat sejati, ternyata ia bukanlah satu perkara yang mudah. Di dalam persahabatan ada terlalu banyak etika dan tatacara yang perlu kamu amalkan. Salah satu peranan yang perlu kamu laksanakan sebagai sahabat ialah membantunya sewaktu si sahabat berhadapan dengan krisis kehidupan. 
Adakalanya di dalam kehidupan seharian, kita kurang sabar untuk mendengar keluhan atau rintihan dari seorang sahabat. Malah adakalanya juga kita sering mengeluarkan pendapat atau pandangan yang boleh menghukum atau mengadili si sahabat. Simpati memang tidak terjadi dengan sendirinya. Tetapi kamu boleh mengembangkannya. Ada beberapa cara untuk menjadi orang yang boleh bersimpati.

  • Kenali diri sendiri
Sikap simpati bermula dari mengenal kelemahan atau kekurangan diri sendiri terlebi dahulu. Semakin kamu mengenali kekurangan diri sendiri, kamu semakin boleh membantu orang lain. Ketika kamu berhadapan dengan seorang sahabat yang sedang berhadapan dengan masalah, kamu perlu bersikap simpati terhadap masalahnya itu dan bukannya bersikap keras hati.




  • Singkirkan sikap suka mengadili
Menjadi pendengar yang baik tidak cukup hanya dengan berusaha mendengar tanpa mengeluarkan sebarang komen atau pendapat yang berbentuk mengadili. Kamu juga harus mengetepikan ego dan cuba bayangkan jika kamu sendiri yang mengalami masalah seperti itu. Cuba katakan pada diri sendiri bahawa kamu mempunyai cara pemikiran dan pandangan tersendiri. Dengan sikap seperti itu, ia akan menjadikan kamu lebih mudah untuk mengendalikan diri agar tidak menyalahkan si sahabat dalam apa jua situasi.

  • Menjalin ikatan
Kamu sukar untuk bersikap supportive pada sahabat yang lemah. Malah kamu gemar mendesak terhadap sahabat yang sebegini. Salah satu cara untuk bersikap lembut kepada sahabat adalah dengan menempatkan masalah si sahabat di dalam diri kamu sendiri. Mungkin dengan jalinan perasaan sebegini kamu bakal memahami dan lebih menjiwai masalah yang dihadapi oleh si sahabat. Jadi kamu pasti tidak menjadi individu yang terlalu mendesak. Melakukan perkara-perkara berikut akan menjadikan kamu lebih erat dengan sahabat. Tiada jalan pintas yang boleh menimbulkan rasa simpati terhadap diri seseorang, melainkan jika kamu menemui tali pengikat yang sama dengan individu yang sedang bermasalah itu. Jika tali persahabatan ini mampu kamu dan sahabat temui bersama-sama, kamu boleh saling bantu-membantu di antara satu sama lain sekali gus menjalin hubungan yang lebih erat dengan sahabat itu. So, have a good time!




Mengeluh secara jujur
Mengeluh adalah satu perlakuan biasa yang mampu memberi kesan menyihatkan kepada individu. Banyak bukti yang meyakinkan boleh kamu temui dan sekali gus membuktikan bahawa keluhan itu boleh mendatangkan kesan positif dalam diri kamu. Jika kamu berkongsi cerita tentang pengalaman-pengalaman buruk yang pernah kamu lalui kepada sahabat, sudah tentu ia boleh membuatkan perasaan kamu jadi lega. Ada beberapa cara atau tip keluhan yang boleh kamu cuba agar keluhan yang kamu luahkan kepada sahabat itu tidak menyakitkan hatinya. Cuba lakukan tip berikut agar keluhan kamu dapat didengari oleh orang lain secara positif!

  • Pilih suasana yang sesuai
Sebaiknya, carilah invidu yang benar-benar boleh mendengar keluhan kamu. Jika kamu mengeluh kepada individu yang tidak sudi mendengar masalah kamu itu mungkin kamu berisiko untuk kehilangan seorang sahabat. Jadi, sebelum mengeluh sebaik-baiknya kamu meminta izin dari sahabat kamu itu terlebih dahulu. Apabila kamu rasa benar-benar yakin bahawa situasi itu sesuai untuk kamu berkongsi cerita dengan sahabat...ha, barulah kamu boleh memulakan cerita!

  • Berterus terang
Akuilah dengan sahabat tentang keluhan perasaan yang sedang kamu alami. Jika kamu berpura-pura bersikap biasa dengan sahabat di kala kamu sedang bermasalah ia menandakan kamu tidak jujur di dalam perhubungan kamu itu. Sebaliknya, jika kamu bersikap jujur tentang apa yang ingin kamu perkatakan kepada sahabat, ia boleh membuatkan sahabat rasa selesa dan mudah untuk mendengar keluhan kamu itu.

  • Jangan bersaing
Segelintir individu memiliki kecenderungan untuk sengaja mengada-adakan cerita sedih atau simpati semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Jika si sahabat pula yang memperbesar-besarkan masalahnya sewaktu kamu sedang bercerita dengannya, ia menunjukkan bahawa sahabat kamu itu tidak bersimpati atau sensitif dengan masalah yang sedang kamu hadapi itu. Jadi, pilihlah pendengar dengan bijak dan jangan gemar mengheboh-hebohkan masalah yang sedang kamu alami kepada sesiapa sahaja tanpa mementingkan nilai-nilai privacy.




  • Hargai sahabat
Jadi bagi memastikan setiap masalah kamu akan didengari oleh sahabat dengan hati yang terbuka, sebaik-baiknya kamu mulakanlah ia terlebih dahulu. Cubalah menjadi pendengar yang lebih baik agar orang lain pun boleh menghargai apa yang kamu perkatakan. Kesimpulannya, listen to another person and you can be listening with people.


 



Wednesday 4 January 2012

.cerita tentang dia.

assalamualaikum,, semua..
sekarang ni, hampir 3 bulan bieha da masuk semester 2. sungguh bieha tak percaya.APTB!haha. macam2 perkara dah berlaku dalam masa 3 bulan ni..erm, memandangkan tajuk entry post kali ni ada perkataan "cerita", bieha nak cerita lah ni.sikit je..hehe.. ok, ceritanya bermula begini..jeng3...!!

*Alya Khairina*

nak tahu tak kenapa dengan dia nih?? haa...dia dah pergi meninggalkan kami yang berada di IPB ni..kami rasa sangat2 sedih bila dapat berita dia nak pindah...lagi sedih,dia beritahu kami last minute..memang la kami rasa bagaikan hilang sesuatu yang sangat penting dalam hidup kami secara tiba2. yelah, dia ni seorang yang peramah, lembut, baik hati dan banyak lah.hurm. ramai orang suka kat dia nih..termasuk bieha.hehe. (jangan fikir yang bukan-bukan pulak..bieha suka cara dan sikap dia..hurm). 

oh ye, mesti ada yang tertanya-tanya kan?dia pergi mana?? nak tahu, dia sebenarnya telah mendapat tawaran untuk sambung pelajarannya dalam bidang kejururawatan di sebuah kolej di Kedah. sahabat bieha beritahu, tawaran ni la yang ramai orang nak..sebab apa??ermm,,sebab...senang dapat kerja lepas habis belajar.. hrmm,,sedih la pulak..huu..ok laa..tak nak cerita banyak tentang dia..nanti buat kami makin sedih pulak. 

pesanan buat dia.."leyaa...jaga diri baek2 ye kat sana..semoga leya mendapat kejayaan yang cemerlang.insyaAllah.doakan kami di sini juga..kami sayang leya sangat2..ingat kami selalu.. =)"

Faktor Jalinan Persahabatan

Asas kepada sesuatu perhubungan yang intim adalah persahabatan. Individu yang tidak memiliki kawan kebiasaannya sukar untuk mempertahankan hubungan cinta mereka kerana persahabatan adalah model kepada semua bentuk hubungan yang intim.

Perempuan memiliki lebih ramai rakan berbanding lelaki kerana lelaki sering mengelak untuk memiliki satu perhubungan secara terbuka dan mudah tersinggung dalam persahabatan. Lantaran dari sikap tersebut, maka sukarlah untuk mereka memiliki seorang rakan akrab, lebih-lebih lagi dengan rakan perempuan. Sebaliknya, kaum lelaki hanya gemar memiliki kawan sekadar untuk menemani mereka dalam melakukan sesuatu aktiviti, contohnya seperti bersukan. Manakala kaum perempuan pula sebaliknya. Mereka memerlukan seorang sahabat yang akrab dalam kehidupan mereka.

Sedangkan seorang individu yang pemalu dan pendiam pun boleh memiliki seorang sahabat. Hakikatnya, dalam membina sesebuah hubungan persahabatan ia tidak ada kena-mengena dengan sikap peramah atau terlebih peramah dalam diri individu itu. Sebaliknya, ia berkait rapat dengan kesedaran rasa kasih sayang terhadap sesuatu perkara.

Ada lima cara untuk mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang terjalin itu pertama ialah keakraban, diikuti dengan komunikasi, perhatian, persefahaman dan ketelusan. Walau bagaimanapun, sukar bagi individu untuk mencapai kelima-lima faktor persahabatan ini. Lebih-lebih lagi dari sudut komunikasi. Berapa ramai di antara kita merasakan seperti ada jarak yang menghalang keakraban dalam sesebuah hubungan persahabatan yang terjalin? Ini berlaku disebabkan individu tidak pernah menyatakan atau meluahkan isi hati mereka dalam perbualan bersama sahabat. Perbualan boleh dikategorikan kepada tiga iaitu: fakta, pendapat dan emosi.

Sudah tentu di dalam mana-mana perbualan pasti terangkum salah satu daripada tiga kategori yang dinyatakan itu. Namun dalam persahabatan kita jarang menggabungkan antara fakta dengan emosi. Adalah lebih baik jika kamu boleh bercerita tentang perkembangan hubungan persahabatan kamu berdua secara lebih kerap. Dan kurangkan perbualan tentang berkisar pendapat mahupun fakta.

Hubungan persahabatan akan jadi lebih akrab sekiranya si sahabat sedia mengharungi suka dan duka bersama-sama, sentiasa perlu-memerlukan antara satu sama lain dan sedia berkongsi apa sahaja secara bersama. Kesimpulannya, jika individu benar-benar ingin menjalin ikatan persahabatan ini, maka pada permulaannya mereka perlulah memupuk sikap setia dan pemaaf. Khususnya dalam memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan yang masih dikategorikan sebagai 'kurang pasti' atau 'goyah'. Yang pasti, tiada jalan mudah yang boleh kamu ambil untuk membina sesebuah hubungan persahabatan yang utuh.

Sahabat itu Sihat!
Inginkan fakta mengapa ramai ahli psikologi dan kaunselor menyifatkan persahabatan itu menyihatakan. Berikut diberikan alasan mengapa kamu perlu memiliki seorang sahabat!

Berkongsi perasaan
Jangan dipendam segala masalah yang mengganggu minda. Jika dibiarkan ia boleh mendatangkan masalah kemurungan dan kekecewaan pada individu.

Ketawa itu menyihatkan
Ketawa dan senyuman adalah antara dua perkara mudah yang boleh kamu jadikan amalan dalam kehidupan. Kedua-dua perbuatan ini boleh mempengaruhi kesihatan kamu kerana ia melibatkan mental dan emosi individu. Dengan bersahabat kamu akan memiliki seseorang untuk bergurau senda bersama-sama di samping melakukan aktiviti menggembirakan bersama.



*ketawa juga boleh merawat penyakit jantung*

Tuesday 3 January 2012

Sahabat Oh Sahabat Yang Tersirat & Tersurat

SAHABAT, semua orang memerlukan kehadiran sahabat di sini, bagaimanapun mungkin masih ramai yang tidak tahu apakah kebaikan dan faedah yang tersirat serta tersurat di sebalik sebuah ikatan persahabatan. Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan oleh segelintir pakar psikologi luar negara, didapati bahawa menerusi hubungan persahabatan yang terjalin, kamu dapat menikmati pelbagai faedah sampingan yang menguntungkan.
Faedah-faedah yang dimaksudkan itu turut mempengaruhi aspek kesihatan, emosi dan kehidupan sosial kamu. Untuk membongkar dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rahsia di sebalik sesebuah hubungan persahabatan itu, kamu perlu meneliti kenyataan berikut:

Bersahabat itu Sihat
Sahabat yang baik akan selalu berada di sisi kamu setiap kali kamu memerlukannya. Sama ada kamu percaya atau tidak, dengan bersahabat juga ia boleh menjadikan umur kamu lebih panjang. Dalam satu kajian yang dijalankan di Australia, mendapati individu-individu yang dikelilingi dengan sahabat pada usia tua cenderung untuk bertahan hidup dengan lebih lama. Dalam kajian ini juga telah membuktikan bahawa kehadiran dan komunikasi dengan sahabat mampu mengurangkan rasa cemas sekali gus menjadikan kehidupan lebih tenang. Lantaran itu, setiap individu perlu memiliki seramai mungkin sahabat dan berusaha untuk mempertahankan hubungan persahabatan yang terjalin itu agar bertahan selama-lamanya.

Bersahabat untuk Selamanya
Hubungan persahabatan biasanya terjalin atas dasar persefahaman antara satu sama lain. Persamaan yang dimaksudkan itu seperti dari segi hobi, cita-cita, selera muzik dan sebagainya. Kebanyakan individu sentiasa berfikiran bahawa hubungan persahabatan yang terjalin itu mampu bertahan untuk selama-lamanya. Namun, kadangkala kamu harus berhadapan dengan kehilangan seorang sahabat. Ada banyak faktor yang mengakibatkan kamu kehilangan seorang sahabat. Antaranya pergaduhan, perselisihan pendapat, faktor usia dan sebagainya. Adakalanya perubahan yang terjadi itu berada di luar jangkauan pemikiran kamu. Apa yang kamu inginkan selama ini tidak semestinya kamu peroleh. Kamu perlu menyedari bahawa terdapat pelbagai corak persahabatan yang dipraktikkan oleh individu dalam melayari bahtera persahabatan ini. Antaranya:

Persahabatn yang berlangsung dalam jarak dekat
Sekiranya salah seorang berjauhan, hubungan persahabatan itu seolah-olah sukar untuk dipertahankan.

Persahabatan yang jarang bertemu
Apabila mereka bertemu sesekali, hubungan persahabatan yang terjalin itu berlangsung dalam suasana yang begitu mesra dan menyeronokkan. Jangan bimbang. Selagi hubungan persahabatan itu terbina atas dasar percaya, jujur dan ikhlas, sudah tentu hubungan itu akan berjalan dengan lancar. Walaupun si sahabat terpaksa berpindah jauh, semua kenangan yang telah kamu berdua lalui bersama pasti tidak akan terpadam atau dilupakan begitu sahaja. Suatu hari nanti, sahabat yang hilang pasti akan muncul kembali di hadapan kamu sebagai seorang sahabat lama. Sudah tentu detik tersebut menjadi detik-detik yang sangat menggembirakan buat kamu dan sahabat. Lantaran itu, jangan takut untuk bersahabat dan mencari sahabat.

Kekal bersahabat
Faktor berjauhan bukan alasan untuk kamu memutuskan sesebuah hubungan persahabatan yang telah sekian lama terjalin. Adakalanya faktor berjauhan ini boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk kamu mengeratkan lagi kemesraan yang terjalin. Untuk mempertahankan hubungan persahabatn itu, kamu perlu:

  •  Sentiasa saling mengingati saat-saat manis masa lalu bersama-sama.
  • Saling bertukar-tukar hadiah sebelum berpisah.
  • Letakkan hadiah tersebut di tempat yang mudah kamu nampak agar kenangan silam sentiasa terpahat dalam ingatan.
  • Kirimkan hadiah istimewa kepada sahabat tersayang.
  • Jangan lupa untuk saling berhubungan.
  • Rehatkan minda menerusi persahabatan.
Sesebuah hubungan persahabatan yang terjalin mampu memberikan impak positif pada emosi dan mental.
  • Menerusi hubungan persahabatan, kamu dapat belajar sesuatu perkara baru.
  • Sahabat yang setia akan sentiasa berada di sisi kamu tidak kira dalam keadaan suka mahupun duka.
  • Persahabatan ternyata sesuatu yang menggembirakan.
  • Persahabatan yang sihat mampu menguasai keceriaan hidup kamu dan menjadikan hari-hari kamu berjalan dengan lebih lancar dan menyeronokkan.
  • Berkongsi majalah dan bercerita dengan sahabat dapat membebaskan kamu daripada tekanan. Masalah yang dihadapi sememangnya perlu diluahkan kepada insan-insan yang rapat dengan kamu. Sahabat adalah tempat curahan perasaan yang paling tepat.
  • Semangat setia kawan akan teruji menerusi persahabatan. Secara tidak langsung, hubungan itu turut meningkatkan lagi kejujuran, keikhlasan dan kasih sayang individu. Banyak sifat positif yang boleh mempengaruhi diri dan kehidupan kamu seharian.
Sahabat lambang Kasih Sayang
Menerusi persahabatan, kemu boleh menikmati rasa kasih sayang yang penuh dengan keikhlasan. Tahukah kamu bahawa perasaan kasih sayang yang lahir dalam diri setiap individu itu wujud secara semulajadi? Apabila wujudnya perasaan ini, secara tidak langsung ia mempengaruhi minda kamu. Minda akan menjadi bertambah tenang sekali gus melahirkan pemikiran yang lebih kreatif dan positif. Pastikan kamu melalui bahtera persahabatan dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan sekiranya kamu ingin menikmati impak positif sebegini.

Sunday 1 January 2012

Alhamdulillah..thanks to Allah =)

yeayy..!!akhirnye dapat jugak bieha buat blog nih..huhu..
erm,,k2..nak story sikit kat sini..sikit jea..hehe..
sebenarnya, bieha tak suka buat blog ni taw..
bukan apa, bieha fikir..buat blog ni bukannya seronok pon..buang masa jek..haha...
yelah, dalam banyak2 blog yang bieha follow semuanye cerita yang bukan-bukan,,hanya segelintir sahaja yang menggunakannya dengan perkara yang berfaedah seperti berdakwah dan lain-lain..
bila fikir balik kan,, blog nie memang banyak faedahnya..antaranya yang bieha dapat:

1) membantu orang awam meluahkan pendapat atau pandangan masing-masing
2) merupakan tempat menyampaikan ilmu kepada orang awam
3) boleh dilihat oleh sesiapa sahaja
4) tidak memerlukan kepakaran khas melainkan membaca dan menaip
5) blog adalah percuma dan mudah dimulakan

ha..ok,,banyak lagi sebenarnya,, tapi hanya itu saje yang dapat bieha nyatakan di sini..kalau nak tahu lagi boleh search kat google..huhu..
ok,,stop di sini dulu..laen mase bieha sambung lagi,,take care semua... =)