Friday 9 November 2012

Jarak Bukan Halangan

PERHUBUNGAN jarak jauh bukan hanya terjadi dalam percintaan sahaja. Sebaliknya, kamu dan sahabat juga boleh berhadapan serta mengalami situasi seperti ini. Perpisahan antara kamu dengan sahabat boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti si sahabat berpindah mengikut keluarganya ataupun terpaksa terbang jauh untuk menyambung pengajiannya di perantauan. Kamu ingin hubungan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama itu terus kekal bertahan? Berikut ada caranya! Kenapa perlu dipertahankan?

Menjaga yang ada
Tiada sesiapa pun di dunia ini yang ingin hidup bersendirian. Setiap insan yang normal memerlukan seorang sahabat untuk saling berkongsi rasa di antara satu sama lain. Tentu ianya sesuatu yang merugikan sekiranya hubungan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama tiba-tiba terputus begitu sahaja apabila masing-masing terpaksa berpisah jauh. Sebenarnya, walaupun ia tidak bermaksud hubungan tersebut juga perlu memiliki jarak! Kamu masih lagi bersahabat seperti dulu.

Mengajar jadi setia
Hubungan yang kamu pelihara itu juga boleh melatih diri kamu untuk menjadi individu yang setia. Secara tidak langsung ia boleh membiasakan diri kamu untuk tidak mudah melupakan hubungan yang sedia terjalin. Hal ini disebabkan kamu telah sedia memegang komitmen dengan diri sendiri untuk menjaga hubungan persahabatan tersebut walaupun kini tidak selalu bersama.

TIP MENJAGA IKATAN
Berjauhan dengan sahabat juga sebenarnya akan menguji sejauh mana kamu boleh menjaga ikatan persahabatan sedia terjalin. Ha... di sini disediakan beberapa langkah yang boleh kamu lakukan untuk memastikan ikatan persahabatanmu itu terus kekal dan untuk selamanya.

Rancang pertemuan
Kamu dan sahabat perlu berbincang serta memilih tarikh sesuai yang membolehkan kamu berdua berjumpa. Meskipun kebiasaanya kamu dan sahabat hanya kan bercuti sewaktu cuti umum ataupun cuti-cuti khusus yang lain, namun siapa sangka kamu dan sahabat boleh mengadakan cuti istimewa khusus untuk kamu berdua mengatur percutian bersama. Rancang percutian sejak dari awal dan atur aktiviti percutian itu dengan sebaik-baiknya agar kamu tidak melepaskan peluang keemasan untuk bersantai bersama. Pilihlah hari yang bersesuaian agar kamu dan sahabat tidak rasa tertekan ataupun terkenang-kenangkan kerja yang menimbun di pejabat!

Detik istimewa!
Jangan sesekali kamu melupakan hari-hari penting antara satu sama lain. Contohnya, hari ulang tahun atau tarikh-tarikh penting yang lain. Kalau boleh, adakan reminder pada telefon bimbit kamu agar kamu tidak sesekali lupakannya. Jika kamu memiliki bajet sekeping kad istimewa atau hadiah yang mahal-mahal, memadailah dengan sekeping kad istimewa atau hadiah kecil yang boleh menimbulkan rasa istimewa dalam diri sahabat terhadap kamu.

Kirim berita
Kirimlah e-mel jika kamu ada sebarang perkembangan terbaru yang ingin dikongsi bersama sahabat. Tidak kiralah walaupun ia hanya sekadar informasi 'biasa-biasa' seperti ada salah seorang rakan sekolah yang sahabat kamu kenali telah menyambung pengajiannya ke luar negara. Kongsilah cerita tersebut bersama sahabat agar si dia tidak rasa ketinggalan. Begitu jugalah sebaliknya! Kamu boleh meminta sahabat untuk memberikan informasi terbaru tentang dirinya juga tentang keadaan persekitarannya di sana. Secara tidak langsung, ia juga boleh menambah pengetahuan kamu tentang destinasi luar.

Bertukar-tukar gambar
Jangan ketinggalan untuk mengirimkan gambar-gambar menarik yang kamu ada kepada sahabat. Lebih-lebih lagi gambar yang menunjukkan kamu menghadiri salah satu jamuan bersama rakan-rakan yang lain. Secara tidak langsung ia boleh membangkitkan rasa rindu si sahabat untuk turut sama menyertai kamu dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini akan menguatkan lagi ingatan dan rasa sayangnya terhadap hubungan persahabatan kamu itu. Kirimkan juga gambar-gambar terbaru diri kamu kepada sahabat. Dengan cara ini juga sahabat dapat menyaksikan perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap diri kamu dari semasa ke semasa. Kamu juga perlu meminta agar si sahabat melakukan perkara yang sama agar kamu berdua boleh saling bertukar-tukar khabar berita antara satu sama lain. 

Tidak semestinya
Jangan beranggapan bahawa semua perkara yang kita lakukan untuk menjaga hubungan persahabatan ini sebagai satu 'kewajipan'. Jika kamu menganggapnya sebagai satu kewajipan ia boleh menimbulkan rasa 'malas' dalam diri kamu. Kirimkan khabar, gambar, SMS atau menelefon sahabat sewaktu kamu benar-benar ingin tahu cerita terbaru tentang dirinya. Jangan memaksa diri kamu untuk menghubungi sahabat setiap hari kerana ia boleh menimbulkan 'jarak' di antara kamu dan sahabat di samping menimbulkan rasa bosan terhadap rutin sebegini.

Apabila Bertemu..
Setelah sekian lama terpisah, akhirnya kamu berpeluang bertemu sahabat lama semula. Kamu mampu menghangatkan detik pertemuan tersebut dengan...

Memeluknya
Pelukan kamu dapat menambah kehangatan suasana pertemuan itu. Katakan kepadanya bahawa kamu sangat merindui dirinya dan ceritakan apa sahaja tentang perkara yang ingin kamu kongsi dengannya. Kemudian kamu juga boleh menceritakan tentang hal-hal menarik yang terjadi dalam kehidupan kamu di sepanjang ketiadaannya itu. Inilah masanya untuk kamu dan sahabat bertukar-tukar cerita antara satu sama lain atau saling meluah rasa agar hubungan persahabatan yang terpisah untuk beberapa ketika itu kembali mekar dan akrab sama seperti dahulu. 

Melakukan kebiasaan lama
Jika kamu memiliki hobi atau kebiasaan yang sama, ambil kesempatan ini untuk melakukannya bersama-sama. Dengan melakukan kebiasaan ini bersama-sama kamu dan sahabat boleh saling mengimbau memori lalu di samping mengingatkan kembali hal-hal kelakar yang pernah dilalui bersama pada suatu ketika dahulu.

Bertukar-tukar cenderahati
Apa kata kamu saling bertukar barang istimewa di antara satu sama lain. Dengan cara ini kamu dan sahabat boleh berjanji untuk bertemu semula dan mengembalikan semula barang pemberian tersebut di tangan masing-masing dalam satu pertemuan di masa akan datang. Barang istimewa tersebut tidak semestinya berharga mahal atau besar. Sebaliknya, ia adalah barang kesayangan masing-masing seperti patung, rantai dan sebagainya yang disifatkan sebagai sentimental value. Kalau boleh, jangan beri sahabat barang yang besar-besar kerana ia akan menyukarkan si sahabat untuk membawanya ke merata tempat. 

Mengadakan jadual
Sebelum kamu dan sahabat terpaksa berpisah semula, apa kata kamu dan sahabat mengadakan satu jadual pertemuan yang seterusnya. Kamu dan sahabat perlu terus berdoa dan mengharap agar pertemuan seterusnya boleh dilaksanakan bersama-sama.

2 comments:

  1. waa..biase cakap sal cinta,ney pasal sahabat..bagus2..hihi..nway,jom singgah blog bihah..=)

    ReplyDelete
  2. hahah,,, thank you, insyaAllah.. :)

    ReplyDelete