Wednesday 24 September 2014

.: UNITAR :.

Apa khabar, sahabat-sahabat? Semoga dikurniakan kesihatan dengan sebaik-baik kesihatan..in syaa Allah. Post kali ni Bieha nak story sikit pasal UNITAR nih. Bukan sebab Bieha dah masuk sini..tapi.......meh baca dulu apa yang Bieha nak kongsikan. Buat masa ni Bieha belum sambung study lagi untuk ke peringkat ijazah sarjana muda.

Petang kelmarin, 22 September 2014 Bieha dapat panggilan daripada UNITAR..sebab Bieha ada apply sebelum ni..saja suka-suka nak apply,, sebab ada artis kegemaran Bieha study situ. Tahu kan?heheh.. :D Bila Bieha tahu UNITAR yang call, Bieha rasa malas nak dengar..sebab dah mind set UNITAR tu mahal. Orang yang buat panggilan tu nama dia Kak Rozi. Bercakap dengan akak ni, nak tak nak je..hahah. Katanya Bieha dah dapat tawaran untuk sambung pengajian dalam Bachelor Accounting. Dia suruh Bieha login ke laman web UNITAR untuk buat pengesahan accept or reject the offer.

Dia cerita la pasal kursus yang Bieha dapat offer nih. Katanya, kursus ni selama 3 tahun 1/2 @ 3 tahun 4 bulan. Memandangkan Bieha graduan lepasan diploma, boleh lah Bieha transfer kredit. Bila dapat transfer kredit, kurang la jangka masa pengajian dan juga yuran pengajian. Perkara yang menarik bagi Bieha, akak tu cakap, ada 9 paper ACCA. After degree, boleh la ambil beberapa baki paper yang tinggal untuk completekan ACCA tu. Akak tu pun beritahu yuran pendaftaran dia RM530 dan pendaftaran dibuka sehingga 30 September ini. 

Haa~ nampak menarik tak pasal ACCA tuh?hee.. Then, first question Bieha tanya dia, pasal yuran..hahah. Dia pun beritahu, RM50,000 untuk 3 tahun 1/2. Menarik juga pasal yuran..angka ni kira okay laa kalau ada pinjaman MARA. Masalahnya kat sini, ada yang buat Bieha tak puas hati. Cer teka apa dia.?haha. Faham-fahamlah ye.. :)

Hmm,, ni lah buat Bieha sedikit buntu..ke mana arahnya yang ku pergi selepas ini? Bieha nak cari mana-mana kolej yang ada MARA. If tunggu UiTM ok juga..tapi masalah dia ialah persaingan. CGPA Bieha tak la tinggi mana..cukup-cukup makan je. Its okay laa, rezeki ada di mana-mana..betul kan?hurm. Pray for me...

Next, Bieha nak wish untuk kali yang kedua kepada mama Bieha yang telah menyambut hari lahirnya semalam.. Selamat Hari Lahir, mama.. Semoga dipanjangkan usia yang barokah, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dengan sebaik-baik kesihatan, semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada di bawah lembayung Rahman dan RahimNya. Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih, mama..sebab dah banyak sangat bersabar dengan kerenah anakmu ini..hee :D

Birthday Nabil Ahmad sama birthday mama Bieha taw.. Selamat Hari Lahir juga kepada Nabil. Saya sentiasa menyokong perjalanan kerjaya abang Nabil dari belakang..heheh.. Beza umur kita 10 tahun taw..jauhnya.....hahaha. 

Last, tahniah kepada pasukan bandminton beregu wanita berjaya mengalahkan pasukan Taipei tengahari tadi di Incheon Asian Games 2014. Semoga Malaysia dapat membawa pulang pingat sebanyak yang mungkin. Walaupun Harimau Muda A merupakan pasukan yang pertama meninggalkan Incheon disebabkan tumpas dek Arab Saudi, ia tidak bermakna Malaysia boleh mencapai target yang kita inginkan. MALAYSIA BOLEH!! 

Panjang sungguh ku bercerita kali ni..haha. Take care, korang..esok-esok Bieha update lagi..in syaa Allah. Thanks :)

No comments:

Post a Comment