Wednesday, 6 June 2018

Confusing ..... ?

Confuse about what?? It's about my future.. Ish, tak tahu lah nak share macam mana. Tapi kalau tak share, tak tahu pendapat orang lain macam mana kan? 

Bismillahirrahmanirrahim... entry ini ditulis pada pukul 3 pagi, malam 17 Ramadhan 1439 (Salam Nuzul Quran). Bukan tak tidur lagi tapi terjaga pukul 1 tadi dan sekarang mengantuk tapi macam tak nak tidur lagi lol. Okay, entry ini ditulis dengan harapan dan doa semoga Bieha dikurniakan rezeki yang melimpah ruah (doa untuk semua juga), dikurniakan rezeki dalam beroleh pekerjaan yang terbaik (juga untuk mereka yang masih belum bekerja), dikurniakan rezeki dapat sambung pengajian dalam kursus profesional (ACCA or MICPA), dikurniakan rezeki dapat berjodoh dengan awak 🙈, dan yang paling penting kita semua dikurniakan rezeki dapat bertemu dengan lailatul qadar pada tahun ini dan dipanjangkan usia yang barokah untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Aamiin~

Dah dapat hint kan sikit? Actually, Bieha masih dalam dilema apa dan di mana yang terbaik untuk Bieha terima tawaran kerja. Lepas habis belajar ni, banyak la juga apply kerja di Johor dan Selangor. Dalam banyak2 tu, yang dipanggil iv.. 3 di Johor dan 1 di Puchong. Antara 4 ni, 1 je yang dapat offer kerja, yang lain tak dapat sebab nak experience in doing full set account. Yang 1 ni, Bieha terpaksa tolak..sebab jauh dengan rumah and susah dapat bilik sewa murah area situ. Kawasan elit, paham2 je lah kann. Then comp yang offer tu, dia offer kerja more to admin task even the position is Admin and Account Assistant. And one more, they said if I accept this offer....in first 3 months or more, Bieha tak boleh berhenti kerja situ and gaji yang ditawarkan bawah 2k. Lepas beberapa bulan, baru dia naikkan gaji tapi dia tak beritahu berapa. Chinese comp kalau naikkan pun berapa la sangat, tambah2 nak duduk area situ. 😥 

The latest, Bieha dapat panggilan dari salah satu anak syarikat terbesar di Malaysia untuk iv under SL1M program di Petaling Jaya. As we know, the allowance is 2k right? U all rasa macam mana? Kalau Bieha terima, Bieha tumpang rumah kakak or abang je di Shah Alam. Pergi balik kerja naik public transport je lah, 1 jam perjalanan lebih kurang. And Bieha dah buat research sikit pasal comp ni from my collegemate yang kerja under this big comp too but in the other subs at KL Sentral. She said, that subs in PJ...tak berapa nak boom sangat lah performance dia. And the allowance of 2k has provision for socso and sports club around RM100. Tak sama dengan SL1M program comp lain takde tolak apa2. 

If Bieha tolak juga offer ni, means that this is second time Bieha lepaskan peluang macam tu je. Tambah2, comp ni la yang Bieha nak masuk sangat2..Bieha apply sendiri taw kat website dia hmm 😩 sebab apa Bieha tolak? Sebab dua2 comp ni kat Keyyelll U all (menyampah nye lah dengan bahasa kau ni Bihah!! HAHAHAH). My family memang berat hati nak lepaskan Bieha kerja kat sana, tambah2 lagi baru nak mula kerja kan? Takde ke yang sudi nak offer kat Johor? Tapi tu lah, betul juga kata my classmate...SL1M prog ni banyak kat KL. Ye, susah nak nampak SL1M prog kat Johor yang offer in accounting field. 

Actually, I have a mission why I want to work in Selangor. The big reason is I want to further study in professional course in part-time mode. If ambik ACCA, sambung kat "UiTM di hatiku" je lah heheh (nampak kan ciri2 pelajar setia tu?😄). If MICPA, maybe Sunway College or any other colleges?hurm. So, if I work in Selangor, I have the chance for this ambition. Weekdays work and weekend attend class at UiTM Shah Alam. 

Okay, pada yang tertanya kenapa Bieha tak kerja yang biasa2 je dulu? Erm,, entahlah...tak tahu nak habaq guane. Tapi Bieha kerja part-time je dengan kakak sekarang ni, tolong2 sikit buat kerja admin and account. Ni kerja sementara je.. sementara cari kerja tetap in accounting yang boleh bagi Bieha more knowledge and experience and explore banyak benda lah heheh.. lagi 1, untuk awal2 ni kalau boleh tak nak kerja dengan family dulu hurm.

Ermm....macam dah cukup panjang nih hahah. dah lah dulu, tak tahu nak share apa lagi kat sini 😅
Psstt,,, start typing this entry on 17 Ramadhan, post this entry is on 21 Ramadhan. 4 hari kau,, aku perap dulu entry nih hahahah. K lah, apa2 hal roger eh? Thanks kepada yang sudi membaca 😄

No comments:

Post a Comment