Tuesday 28 November 2017

:: PerJuAnGaN ::

Perjuangan itu gerun dan mengerikan 
Hebatdan dahsyat menggerunkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang 
Hujan badai yang datng menyerang
Bak singa lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan 
Ada yang jatuh ada yang tenggelam 
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenag ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya 
Namun harapnya hanya pada yang Esa

Perjuangan by SaffOne

This post is about my journey....dalam mencari ilmu. Bieha nak share sikit perjalanan Bieha dari kecik sampai ke besar la ni..hehe. 

First time masuk school umur 4 tahun, dah masuk Tadika Pasti Al-Huda, Kg. Shari, Simpang Rengam, Johor...dekat dengan rumah. 3 tahun taw Bieha belajar kat tadika nih, hahah. masuk awal sebab mengekor abang..Afiq nama dia. ke mana saja dia pergi, pasti ada saya..muahaha.. beza umur setahun je. dalam 3 tahun tu ada la Bieha skip class berapa bulan entah. tu pun sebab ada peristiwa yang menggelikan sampai tak pergi sekolah terus, hahah. kalau nak cerita ni memang kelakar..haih!

Next stage, masuk sekolah rendah. naik darjah 1 dengan 2 Bieha masuk SK Simpang Rengam. dekat juga la dengan rumah, tapi kena naik van jugak, hahah. tapi masa darjah 2 jalan kaki je sebab dah pindah rumah kat Taman Samudera, depan sekolah je.. jalan kaki 10 minit laa kalau jalan lambat, hehe.. darjah 1 dengan 2 nie Bieha dengan Afiq dapat sesi pagi. cuma Ami je sesi petang. Ami ni beza umur 3 tahun. kitorang lain sesi sebab kitorang tak sama sekolah agama. Ami punya school sebelah SKSR je sesi pagi. kitorang school agama sesi petang kat Sek Agama Mukim Penghulu dekat dengan Kg. Shari juga tapi jauh dengan rumah. 

Haa,, 2 tahun je la school kat Simpang. darjah 3 pindah Sek. Keb. dan Sek. Agama Kg. Dato' Ibrahim Majid, Simpang Rengam.. pindah rumah sekali, dekat juga dengan sekolah..jalan kaki je. masa darjah 3 ni Bieha masuk kelas kedua, sebab tak lepas nak masuk kelas first. 2 kelas je kat sekolah tu. tak lepas pun, 2-3 kali juga la bertukar-tukar kelas. mungkin cikgu confuse nak masukkan Bieha kat mana..haha. naik darjah 4, Bieha berjaya masuk kelas first dan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah (takde ciri2 kepimpinan nak jadi Pengawas Sekolah huu). Alhamdulillah naik sebab Bieha pulun habis masa exam, dapat la top 5. masuk darjah 4 sampai 6, Bieha biasa2 je kat level tengah hehe. yang class first ni semua pepandai. UPSR Bieha dapat 3A 2B tak dapat sama level dengan Afiq dapat 4A 1B dan dilantik sebagai Pengawas Sekolah. tapi tu pun dah Alhamdulillah,, sebab dah layak masuk school yang Bieha nak hehe. 2B yang Bieha dapat tu Bahasa Melayu Pemahaman dengan Bahasa Inggeris. macam tak masuk akal pulak Pemahaman B Penulisan boleh A haha. layan lah ea hee. 


Gambar masa Anugerah Kecemerlangan darjah 3, dapat top 10 dan Matematik terbaik. 

SMK Agama Segamat, Johor. ni la school yang Bieha nak sangat. sebab sekolah ni famous juga la masa tu di antara sekolah2 asrama penuh yang lain (sekarang dah jadi sekolah kluster). lagipun sekolah ni ramai sedara mara masuk sini juga termasuklah abang2 dan kakak Bieha. dari form 1 sampai form 5 kat sini..ngekor Afiq lagi haha. tapi Afiq tak kisah pun sebab dia seorang abang yang baik pada adik2 dia (betul ke tak?haha). 2 tahun je la sekolah situ ada Afiq, sebab form 4 dia masuk Maktab Tentera Diraja. yelah, pelajar cemerlang juga dia ni,, Pengawas Sekolah lagi. PMR dia 8A 1B, Bieha 5A 4B. 4B tu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi, Sejarah dengan Sains. disebabkan Sains Bieha B, so tak layak masuk kelas Sains Tulen. okay la tuu,, masa trial dapat D, tu sebab tak sihat laa dapat D hmm. Ustaz Firdaus siap slow talk lagi, tapi tak cakap la sebab demam tu. at last dapat juga B (Ustaz, saya berjaya buktikan yang saya boleh!)

Naik form 4 Bieha masuk kelas sastera. memang tu pun Bieha nak, sebab nak belajar Prinsip Perakaunan plus Bieha suka Mathematics. tak pikir nak amik Sains masa tu sebab kurang minat. bila belajar Akaun dengan Ekonomi ni, haaa hambik..ujian dia.....fuhh! terasa sampai sekarang weyh haha. SPM Bieha kalau cerita memang sedih, tapi nak juga citer. masa trial, tak silap Bieha dapat 6A yang lain 3B 2C kot kalau tak salah laa hahah. so tercalon dalam student score. time SPM teruk,, dapat 3A je 4B 4C. ni kes main2 la ni,, haduiii menyesal tak sudah weii sampai sekarang. yang C tu ofcoz Bahasa Inggeris hahah,,, Sejarah, Ekonomi Asas dengan Pendidikan AlQuran & AsSunnah. yang A tu best, Bahasa Melayu, Sains dengan Math Mode hehe. subjek BM masa tu ramai budak2 pandai dapat B, tapi Bieha berjaya dapat A macam pelik sikit, tapi ok la tuu rezeki Bieha hehe. 

Next level is matriks and diploma. dulu Bieha pernah nak masuk Kolej Matrikulasi Melaka sebab tu je dapat offer. dah siap bayar yuran kot tapi tak masuk. so tak boleh refund..hm. tak jadi masuk sebab cousin Bieha ajak (esok nak daftar matrik, malam ni baru call huhu, btw thank you) masuk Institut Profesional Baitulmal (Kolej-kolej Bersekutu UiTM) ambik Diploma Perakaunan 3 tahun. sepanjang diploma ni Bieha tak pernah dapat Dean List, apatah lagi degree haha. pointer paling tinggi Bieha pernah dapat masa diploma ni la, first sem 3.40 sikit lagi nak DL. so dapat la masuk class first. susah juga nak survive ni, ada 1 paper part 3 Bieha kena repeat. mujur bukan paper carry, tapi paper LAW. tu lah,, suka2 je tak minat, kan dah failed. tapi ambik sekali lagi dapat A taw haha. habis 3 tahun Alhamdulillah pointer dapat 3.11 so boleh la dapat pengurangan bayaran pinjaman MARA hehe. 


Konvokesyen Diploma di DATC UiTM Shah Alam pada November 2014.

Last,, degree Bieha pernah masuk Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muadzam Shah, Pahang. habis 1 sem kat situ ambik Degree in Accounting, baru dapat offer penyerapan UiTM. lambat sangat..hahha. so masuk la UiTM Melaka Kampus Alor Gajah, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan 2 tahun setengah. susah weii nak survive degree ni. kalau diploma susah apatah lagi degree kan? ada la jatuh bangun nye tu tapi macam jatuh yang banyak haih! pointer Alhamdulillah walaupun tak dapat 3 pointer tapi pointer tu Bieha harap masih relevan laa ermmm 2.80 :D 

So now, da habis degree ni tunggu masa nak konvo and masih dalam proses mencari pekerjaan. cita2 Bieha memang nak jadi Akauntan dan nak sambung belajar dalam kursus profesional like ACCA, CPA or MICPA. tapi nak kena kerja dulu la kan nak tanggung kos belajar tu. moga ada jalan dan dimurahkan rezeki Aamiin. :) 

No comments:

Post a Comment