Monday 10 September 2012

Ketahui Etika Roommate

MUNGKIN kamu pernah mendengar, sahabat sebilik atau serumah juga boleh bergaduh. Adakalanya pergaduhan yang tercetus itu boleh berlaku lebih dahsyat berbanding hubungan persahabat biasa. Mungkin info berkaitan etika sahabat sebilik ini boleh membantu individu yang tinggal serumah atau sebilik dengan sahabat berusaha untuk mengelakkan diri berlakunya ketegangan dalam perhubungan.

Saling berkomunikasi & kenali rakan sebilik dengan lebih dekat

Sama halnya dalam hubungan cinta. Komunikasi adalah kunci utama dalam pembentukan sesebuah hubungan persahabatan. Dengan berkomunikasi kamu akan lebih mengenali sahabat dengan lebih erat.

Menghormati

Khususnya dalam hal berkaitan pinjam-meminjam. Walaupun kamu dan sahabat tinggal sebilik, kamu berdua perlulah menghormati hak dan harta milik masing-masing. Jika perlu meminjam sesuatu benda, pastikan kamu meminta izin terlebih dahulu dan pulangkan mengikut masa yang dijanjikan.

Serba ringkas

Sebaik-baiknya, cuba minimumkan barangan atau perkakas yang ada dalam bilik kamu itu. Lebih banyak perkakas yang dibawa masuk, maka bebanan kamu juga akan bertambah. Jangan sempitkan ruang yang kecil itu dan biarkan ia menjadi tempat pengumpulan habuk. Situasi ini boleh menimbulkan ketidak selesaan kepada sahabat sebilik kamu itu!

Ringan tulang

Kamu dan sahabat sebilik perlulah bertolak ansur dan sedia bekerjasama untuk menjaga serta memelihara kebersihan bilik. Jangan mengharapkan komitmen dari sebelah pihak sahaja. Dan jangan terlalu berkira dalam hal-hal berkaitan kebersihan ini. Jika perlu, kamu berilah teguran secara halus kepada sahabat sekiranya kamu dapati si sahabat itu agak kurang meniti-beratkan soal kebersihan. Tekankan kepadanya bahwa kebersiahan akan mempengaruhi kesihatan individu!

Bertolak ansur

Berkongsi bilik bererti kamu perlu berkongsi hak privacy bersama-sama. Lantaran itu kamu dan sahabat sebilik tidak boleh mementingkan diri sendiri semata-mata untuk memenuhi keinginan dan kehendak masing-masing. Lantaran itu, sebaik-baiknya kamu dan sahabat perlu berbincang terlebih dahulu dalam menetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi memastikan kedua-dua belah pihak mendapat keselesaan yang sama adil agar dapat hidup dengan lebih aman di dalam perkongsian itu.

No comments:

Post a Comment