Saturday 8 September 2012

Sahabatku, Stafku...

NASIB kamu nyata lebih baik berbanding sahabat. Meskipun kamu dan sahabat sama-sama aktif di sekolah, malah masing-masing juga memiliki prestasi akademik yang membanggakan. Namun kamu lebih mendapat perhatian daripada guru-guru sehinggakan kamu dilantik menjadi ketua pelajar. 

Kamu jadi serba salah bila sahabat kamu itu sering membeza-bezakan antara tuah dan nasib kamu berbanding dengan dirinya sendiri. Mungkin pada awalnya agak sukar bagi kamu menghadapi kenyataan ini. Kamu berdua yang dulunya akrab dan bebas berhibur bersama-sama, tiba-tiba kini harus berubah sikap. Jadi apa yang patut kamu lakukan?

  1. Mungkin tip berikut boleh kamu aplikasikan dalam hubungan persahabatan kamu itu agar ia terjalin dengan aman meskipun masing-masing berlainan status.
  2. Bersikap profesional selama masih berada di dalam kawasan kolej / sekolah. Kamu harus boleh membezakan antara tugasan / tanggungjawab dengan persahabatan. Memang pada mulanya agak sukar, tapi jangan berhenti mencuba. Di luar waktu kuliah, dia tetap sahabat kamu.
  3. Bersikap adil kepada semua orang. Jangan ada sikap 'pilih kasih' pada sahabat kamu itu. Tampillah sebagai seorang ketua yang tegas, bukan sebagai seorang sahabat yang selalu memiliki perasaan serba salah.
  4. Jangan terlalu menunjukkan keakraban kamu di hadapa yang lain. Apalagi sampai berbisik-bisik dan ketawa-ketawa berdua. Jaga tingkah laku kamu!
  5. berikan kesempatan yang sama kepada semua anak-anak buah kamu untuk menyampaikan idea dan menunjukkan kemampuan masing-masing. Begitu juga kepada sahabat kamu itu. Jangan sampai ada yang mengata seolah-olah kamu hanya memberikan kesempatan yang lebih banyak pada sahabat kamu itu sahaja.
  6. Jangan ragu-ragu untuk memberi teguran atau peringatan jika si sahabat ada melakukan kesalahan sewaktu di kolej atau di sekolah. Jangan biarkan perasaan serba salah dan toleransi yang berlebihan membelenggu diri kamu.
  7. Jika sahabat kamu mampu bekerja dengan baik dan berprestasi, jangan rahu-ragu untuk memberikannya pujian dan penghargaan. Hal ini dapat memberi perangsang kepada sahabat untuk berusaha lebih gigih lagi.
  8. Jika di luar waktu sekolah / pengajian, katakan kepada sahabat kamu yang dia harus boleh menerima realiti bahawa sewaktu di sekolah / kolej, kamu adalah ketuanya. Yakinkan padanya bahawa perbezaan jawatan itu tidak akan menjejaskan hubungan persahabatan antara kamu dengan dia.
Dengan ini, kamu mampu menjadi ketua yang berjaya dan mampu memimpin anak buah tanpa kehilangan sahabat. Percayalah, jika sahabat kamu dapat menerima dengan hati yang terbuka, sudah pasti si sahabat juga mampu memahami situasi itu. Cuba kamu jelaskan kedudukan sebenar dengan sahabat agar si sahabat itu berasa lebih yakin dan selamat. Dengan kedudukan kamu sebagai ketua, secara tidak langsung kamu boleh memberikan semngat kepada sahabat untuk mempertingkatkan prestasi diri agar jadi yang lebih baik dari diri kamu. Jika kamu bersahabat dengan cara sihat, sudah tentu situasi ini tidak akan menimbulkan masalah buat diri kamu!


No comments:

Post a Comment